BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 24, 2009

Salam Pengorbanan

Kita sebagai manusia perlulah mengerti bahawa dunia yang kita diami pada hari ini bukanlah kekal selamanya, akan musnah pada satu tarikh yang Allah sahaja mengetahuinya, jadi selama kita menginap di alam ini,carilah keredhaan dan kesejahteraan yang boleh dijadikan bekal di alam abadi...

Saya mahu berkongsi sesuatu mengenai pengorbanan sempena hari raya Aidil Adha, atau hari raya qurban,ada dua sirah besar sempena hari raya qurban ini,pengorbanan anak Nabi Adam, iaitu Qabil dan Habil, dan juga pengorbanan Nabi Allah Ibrahim..

Didalam kehidupan kita,semua kebahagiaan dan kegembiraan perlulah diiringi terlebih dahulu oleh pengorbanan. Mahu gembira semasa berkarier, kita berkorban untuk belajar.
Mahu bahagia dialam rumah tangga,kita berkorban perasaan dan masa, jadi elemen pengorbanan ini mestilah menjadi satu akhlak kita agar melatih hati dengan sikap khusyuk dan tawadduk dengan amalan.

Sebagai menghargai rezeki Allah,kita membuat ibadah qurban,sebagai menghargai kasih sayang ibu bapa,kita korbankan kepentingan,sebagai menghargai jasa guru kita korbankan ego dan perasaan...barulah menjadi insan yang kamil...

Sebagai pelajar,kita korbankan masa gelak tawa untuk mencari ilmu demi membina masa depan, jika berkasih,korbankan kerinduan demi kebahagiaan kedua-dua pihak,barulah cepat beroleh jodoh..heheheh

Akhir kalam....Kepada semua kenalan,saya ucapkan selamat hari raya aidil adha, maannajah wal mawaddah..maaf zahir dan batin....

by: sang saka

Sunday, November 22, 2009

Pada malam 22 Hb 11 2009,aku telah dari awal mengosongkan malam ini dari segala aktiviti,semata-mata untuk menonton Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Pada tepat 8.30 mlm,aku bersila didepan kaca tv, ya,aku tidak menghadirkan diri ke Angkasapuri walaupun ada pas masuk ditangan,aku mengambil keputusan menonton dikaca tv kerana janjiku pada dua tiga orang yang aku amat hormati.

Aku terkejut,RTM memilih dua pelawak yang tak biasa dengan aturcara dikir barat pada malam ini,satu pembaharuan,aku cuba yakin dengan eksperimen RTM mlm ini,mungkin ada sesuatu idea yang baru untuk diketengahkan oleh RTM,selepas ucapan pembukaan,aku membasuh muka sebentar..mahu bersedia sepenuhnya untuk menilai Final RTM tahun ni..
Ya,yang menyaksikan aku tewas bersama Sutra Pawana di Separuh akhir..satu lagi kejutan,tema:bercinta selepas kahwin lebih baik dari sebelum kahwin..seakan sama dengan tahun lepas..

Sehingga saat pengacara mempersilakan peserta yang bertanding masuk ke pentas,aku lihat, pengacara nampak macam tak mampu menghidupkan suasana,Halim Yazid dan Jali dengan perwatakan yang sememangnya dikenali dalam arena dikir barat boleh juga diberi tugas yang lebih pada malam tadi,lebih memahami dan lebih fasih dalam bab dikir barat,tapi itu diluar bidang kuasa sesiapa pon...

dan persembahan bermula,aduhh,aku tergamam,adakah ini kumpulan yang telah menewaskan Sutra Pawana pada separuh akhir,Sri Istana yang joghonya bersuara cukup lantang dan gagah,awak-awaknya amat berstamina,nampak seolah serba tak kena..Rodhi yang memegang posisi jogho pada malam ini meletakkan lagu jogho dengan cukup rendah,suaranya serak, dengan dendangan lagu yang tidak menyentuh jiwa langsung,aku musykil,kriteria apa yang melayakkan mereka layak kepentas yang paling berprestij di arena Dikir Barat Malaysia ini. pada saat awak2 ingin lebih tinggi membawa lagu,rodhi jatuhkan semula,begitulah pada setiap pantun.

Selepas lagu juara,kohar teknik mengambil tugas pula,aduhh..sekali lagi aku garu kepala,Kohar tiada suara,alunan yengki yang dialunkan oleh kohar macam tertoya sedikit..hehe..sumbang maknanya...hehe...lalu kohar cuba menukar kepada lagu matang,ya,sekali lagi kohar sumbang semasa meletak lagu,satu kesalahan besar dalm pertandingan,dan aku masih ingat,ini lagu yang sama digunakan untuk pertandingan separuh akhir,bukankah tak boleh menggunakan lagu yang sama,hmmm..aku makin keliru, seperti yang aku agak,kohar masih menggunakan taktik yang sama dengan suku akhir dan separuh akhir,tidak mengarut (karut kelantan) dalam pusingan pertama..

Tiba giliran kumpulan sri arena membangkang hujah pencadang,alunan lagu jogho oleh Hassan Sri Panggung,lebih baik dari Rodhi telahku,Juara terbaik paad malam ini kompem jadi milik Hassan Sri Panggung.

Mat Yie Kotaraya mengambil alih tugas jogho,bahagian karut,seperti biasa,mat yie yang selalu sumbang kekal dengan kesumbangannya pada malam ini,yengki yang cuba dialunkan dengan sempurna gagal,dan tiba lagu matang,lama mat yie diam,tak ingat lirik sangkaku,dan mat yie cuba menyembunyikan gemuruhnya dengan berjoget,usai lagu matang,matyie mahu mengarut,aduhhhh..mat yie salah letak karut kelantan,mengelirukan pemain rebana dan awak2,kecacatan yang jelas dilihat,lalu mat yie memulakan sekali lagi lagu karut kelantan,bolehlah...aku menelah lagi,mat yie akan terlepas peluang Tukang karut terbaik malam ini.

Giliran beralih kepada Sri Istana sekali lagi,dan kohar mengalunkan karut pattani, wahhh...awak2 sri istana tersilap sambut,menyebabkan kecacatan pada sambutan itu, tidak serasi dengan muzik,kohar teruskan lagi..dan karut yang cukup panjang,benar telahanku,taktik yang sama digunakan..dan ungkapan darling2 i luv u yang digunakan oleh kohar sekali lagi singgah dikepalaku, bukankah tidak boleh membawa frasa bahasa asing didalam karut,dan alasan ini juga telah digunakan sewaktu mengisytiharkan abe mie gajah putih kalah dalam suku akhir pertandingan yang sama..sehinggalah wau bulan,hmmm..not bad ulasku...

beralih pada mat yie,karut pattani,okay,licin jugaklah,then karut,mat yie berpusing pada isi yang sama beberapa kali..dan tiba saat wau bulan,lamanya mat yie berhenti,ehh...penonton sudah bersorak tanda perasan dengan kecacatan persembahan,ehh..lain lirik yang diletak,lain lirik yang disambut..wahaiiii...ape sudah jadi...

bila pengumuman dibuat,kohar teknik dari sri istana tukang karut terbaik,hassan sri panggung Jogho terbaik,dan Johan...mendebarkan,Sri Istana dalam keyakinan,kerana hanya kecacatn minor sahaja yang mereka lakukan,dan Johan ialah Sri Arena...tersipu malu awak2 Istana,mengangkat tangan..kerana kejuaraan bukan milik mereka...over confident la tuh..huhuh..melompat sri arena ditabal menjadi Johan Malam ini..heheh...

adakah taraf dikir barat Malaysia telah merudum jatuh? sehinggan pasukan terbaik seluruh Malaysia hanya mampu mempersembahkan itu sahaja,amat tidak memuaskan? atau ada permainan tersembunyi didalam pertandingan ini..Wallahua'lam....

by: Sang saka

Suka untuk Sang Saka berkongsi dengan pengunjung laman alamaya Sang Saka ni dengan sebuah kisah benar mengenai perjalanan seni Sang Saka.. Ceritanya mengenai Pertandingan Akhir Dikir Barat Komuniti Bestari Kementerian Penerangan Peringkat Negeri Pahang.

Pada pukul 12.30 tghari 30 Oktober,abe yie (arjunasukma) menghantar satu mesej padaku, "lih,abe yie dekat tol doh ni,standby la",saat aku membaca mesej tersebut,aku memang berada di tempat yang dijanjikan,stesen BHP selepas tol Gombak. Selepas abe yie memungutku,aku lihat wajah semangat abe yie dan abe amar, "orang berpengalaman lain la kot", bisikku dalam hati..walaupun aku baru sahaja menyertai pertandingan rtm yang menyaksikan aku tewas,pengalaman bertanding membuatku berdebar lagi, sabarlah... "Lih,kita makan di Temerloh la deh",kata abe yie,aku iyekan saja,kerana baru sajer menjamah makanan bersama Hamis,tukang hantar aku..

pada pukul 2 ptg,kami tiba di Temerloh,abe yie cari kedai makan dan kami menjamu selera,usai menjamu selera,kami terus ke rumah Ja Tabuh Pusaka,Pengurus kumpulan yang aku sertai ini..nampaknya ramai yang sudah tiba..kalau tak silap aku janji pukul 2 nak bertolak..kenapa lewat..ish..ish..dilemma Melayu,tak mampu menepati masa. Selepas berlegar di kawasan rumah Ja,abe yie memanggilku untuk membaca doa selamat sebelum turun ke tempat pertandingan, aku berdoa dengan seikhlas mungkin, aku mohon semuanya selamat,kuatkan semangat,semoga berkesudahan yang baik. Lalu dalam pukul 3 petang,kami bertolak.

Tiba di Tempat Pertandingan,aku lihat ada beberapa pemuda berpakaian sedondon,mesti t-shirt sponsor kata hatiku, kumpulan yang kami tewaskan pada pertandingan peringkat zon dulu..ikhlasnya,aku gerun dengan kumpulan ini,saingan yang cukup hebat. Selepas abe yie memarkir keretanya,kami mencari tempat untuk minum2,sambil berborak.. tiba2 kami disapa oleh encik juka al-raubi,tukang karut wakil Raub,yang cukup hebat dan lincah diatas pentas..Wajahnya cuba aku tafsirkan,wah..cukup bersedia nampaknya, aku cua menilai diri aku,dah la susah nak hafal lirik,semalam tidur lewat,hehe..aku keraskan semangat dan cuba mencabar kekuatan dalamanku.."aku akan buat yang terbaik"

selepas kami minum,semua kumpulan bergerak ke pentas,untuk melakukan sound check,tiba2,aku ternampak seorang yang amat aku cam,hehe...Man Khan ialah artis undangan rupanya,mengurangkan lagi debaran aku,kerana aku dengan Man Khan amat rapat,saling berganding di Kumpulan Samudra Gombak,aku rasa macam nak buat persembahan sahaja,aku merenung positif pada pentas.

Selepas makan bihun goreng,kumpulan kami bertolak ke satu tempat persinggahan untuk mandi,bersolat dan bersiap untuk pertandingan yang akan bermula pada pukul 9 malam itu.Semua ahli yang lain yang berpakain ala artis,berkaca mata hitam (abe yie pesan pakai smart2,bagi terkejut lawan,aku tak sangka diorang patuh..hehehe) selepas semua mandi dan bersiap,abe yie membawa satu set kostum dikir barat yang baru, warna hijau pucuk pisang,yang amat cantik pada pandangan mataku,memang mood ceria punya baju.. Kalau dikir tak best jugak taktau la..sebelum dibahagikan kostum kepada semua pendikir,abe yie mengarahkan semua duduk dalam posisi masing2,kami buat rehearsal terakhir dengan amat ringan..selepas itu semua memakai kostum masing2..wahh...macam pahlawan zaman melaka..menyerlah...aku memakai kostum tukang karut bewarna purple lembut,aku sukakan warnanya..menguragkan kegarangan mukaku yang menjadi kelemahanku semasa diatas pentas..selepas bersiap,kami bertolak ke tempat bertanding..Bismillah...

Sebagai Kumpulan yang akan membuat persembahan pertama,kami bersiap dibawah khemah persediaan,aku tak sempat melihat orang lain,aku pejamkan mata,banyak kali aku berzikir,ayat kursi,ayat seribu dinar,semuanya aku baca berulang kali,aku lihat abg amar tenang menunggu masa dipanggil..aku tenangkan diri sebaik mungkin,kilauan kostum dari kumpulan lain aku jeling secara tenang jugak..aku cuba dan terus mencuba mencari mood yang sesuai untuk bertanding. Apabila nama kumpulan Tabuh Pusaka Sri Keladan Temerloh dijemput,aku berbisik "Sang Saka! Mengaumlah" lalu aku langkahkan kaki kanan ku keatas pentas.

Diatas pentas,sebelum lampu hijau bermula,aku lihat sesuatu yang merisaukan aku,microphone dalam off mode,lalu kucapai microphone untuk mebuka microphone itu,tiba2 lampu hijau menyala,aku terkejut kerana aku masih belum bersedia,lalu sambil tangan mencari suis mic tersebut,aku mengetuk canang yang diamanahkan pada aku dan abg amar untuk memukulnya..alhamdulillah,aku lega,mic aku bagi pada abg amar, lalu alunan juara dari suara abg amar bergema mendiamkan semua penonton dan lawan pada malam itu..satu pantun,dua pantun dan tiga pantun,abg amar mengangkat tangan isyarat kepada abe yie tanda tugas juara sudah selesai.

aku sekali lagi bismillah didalam hati menyambut microphone dan menolak canang pada abe amar, lalu alunan karut yengki aku alunkan dengan penuh penghayatan,selepas 3 pantun karut yengki,aku alunkan lagu matang Konsep Satu Malaysia,kemudian Karut Kelantan, marathon selama 10 minit(taraf karut dikir hatuk ni),walaupun masa karut kelantan tu lama,Alhamdulillah,ideaku mencurah,satu persatu aku huraikan,oleh kerana aku lemah dalam menghafal lirik,jadi spontan lah alternatif aku,selepas sepuluh minit,

aku lihat Ja menyalakan lampu handphonenya tanda dah sampai masa untuk tukar lagu. aku terus angkat tangan isyarat pada abe yie,kemudian aku alunkan karut Pattani,4 pantun aku laungkan,kemudian irama wau bulan,yang aku rasa aku perlu buat yang terbaik, "ddiri teguhh,dale barisan,keranamu negara tercinta" 4 pantun aku nyanyikan,dan dengan lampu merah tanda masa sudah tamat,aku angkat tangan pada abe yie. Alhamdulillah,licin...lalu kami turun..

Aku tidak mengambil perhatian pada kumpulan selepas itu,oleh kerana aku teramatlah letih,stamina kemana ni,ish2,macam lepas joging 30 KM ni..lalu aku tercungap hampir 10 minit,persembahan kumpulan Pendi Kayangan dan Che Umar tak ku ambik peduli, aku memang amat penat,tengok abg amar relax jer,aku jeles,kena tukar position kot pasni,hehehe..

selepas hilang keletihan aku itu,abe yie mengajak aku minum di kedai bersebelahan dengan pentas,sambil berborak,sambil melihat persembahan,sambil minum dan sambil rehatkan minda...

Tiba masa penyampaian hadiah,aku berdebar,dalam hati aku,mintak2 lah tabuh pusaka johan,lalu aku bersedia di sebelah kanan pentas,aku ambik tengkolok tanda ready nak naik,kot2 ada rezeki aku kan,hehe,lalu pengacara majlis pada malam itu,orang sekampung dengan abe yie,mengumumkan juara terbaik untuk pertandingan pada malm itu, "Juara terbaik, dengan ini diumumkan, Mohd Amar Bin Abdullah,daripada kumpulan Tabuh Pusaka" yaaaaa..aku bersorak,memang sudah kuduga sebenarnya,suara keramat abg amar memang layak untuk dinobatkan pada malam itu,

lalu aku buka tengkolok dan aku letakkan atas meja, lalu abe yie berkata, "relax la Lih,asal ada wakil puok kita,buleh makan KFC takpo doh",hehe..memang kebiasaannya tukang karut terbaik dan juara terbaik akan dipilih daripada kumpulan yang berbeza,aku tenangkan diri, lalu tiba masa pengumuman tukang karut terbaik,Tukang Karut terbaik pada malam ini...." membuatkan aku kecewa,aku sudah tidak berharap,kerana sangkaanku tukang karut terbaik akan dipilih dari kumpulan lain,"dipersilakan kepentas, Mohamad Muslih Bin Aling, dari kumpulan Tabuh Pusaka Sri Keladan", aku terkejut,sempat aku melihat abe yie meraut wajahnya tanda syukur,tak sempat aku nak capai semula tengkolok yang aku sudah bukak,lalu aku naik ke pentas dengan rasa amat bersyukur,lalu aku turun,aku dipeluk oleh ahli pasukan berapa puluh kali entah,lalu aku berjalan kearah abe yie,lalu erat aku memeluk abe yie,seorang guru aku juga,dan seorang abang yang memberi ruang dan peluang untuk aku.

Seperti yang semua sudah duga,Johan disandang oleh kumpulan Tabuh Pusaka Sri Keladan, yang akan mewakili negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan,yang akan berlangsung di Terengganu pada Disember ini,dan aku akan terus berganding dengan abg amar,abe yie dan Kumpulan Tabuh Pusaka. Kami pulang pada pukul 2 pagi malam itu,dengan penuh rasa gembira dan cita-cita yang subur..

Aku mendapat maklumat bahawa Kelantan akan diwakili oleh Kumpulan Sri Rahmat, Juara Raden Mas Kuji, dan tukang karut Mat Yie Kotaraya,wah,saingan yang agak hebat,tapi aku akan mencuba sedaya upaya aku,wakil dari Terenggani pula tidak aku ketahui, Jadi,Selamat berjumpa peringkat Kebangsaan.

Terakhir,aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih pada Sutra Pawana yang menjadi teratak melahirkan seorang Muslih,abe yie sebagai engineer persembahan, abe amar,juara dan kapuh yang sangat memberi semangat,kumpulan Tabuh Pusaka yang memberi ruang dan peluang,ise salok madu yang memberi sokongan dan menggantikan sesi latihan sewaktu ketiadaan aku,dan ibu bapa ku yang kutahu menyokong segala perjuanganku...
Sahabat-sahabatku yang mendoakan kejayaan semua...trimasss

by:sang saka

Saturday, November 21, 2009

Sejenak,
merenung tinggi ke pucuk bintang bersinar,
ku pejam sebelah mata,
menggenggam bintang-bintang disemat didalam kalbu,
kalaulah bintang itu milikku,

Sejenak,
kuhamburkan kata rindu kulepaskan disepoi bahasa,
moga sampai ke alamat yang ku tulis di lubuk hati,
moga boleh dibaca dengan perasaan setulus ikhlas,

Sejenak,
ku renung awanan memutih ikhlas bercahaya,
memantul sinar sang suria,
kalaulah mungkin ku gumpal awan ku bentuk menjadi namamu,
ku lambung tergantung di angkasaraya,
biar mampu kaulihat nun jauh dipelusuk sana,

Sejenak,
Ku lepaskan keluhan rindu pada air mengalir deras,
moga aliran air ini mungkin melalui desamu,
membawa kata-kataku,
yang aku rindu padamu,

Sejenak,
Aku mengeluh lagi,
Semuanya hanya impian jauh sekosong dunia tanpa oksigen..
Lamunan terhenti menyahut seruan ilahi..

By: Sang Saka 22/11/09

Meraksi

Disaat Sang Saka membelek blog lokanbertepuk.com , ada satu artikel yang ingin sangat di kongsi di blog ini...meraksi..satu elemen penting dalam adat melayu dulu2, sebenarnya Sang Saka pon tak biasa dengan meraksi ni..oleh sebab penjelasan ayohmat (admin lokanbertepuk.com),jadi mohon disiarkan disini yer...

.......................................................................................
Sedang aku menyelongkar mencari sesuatu di dalam simpanan ku, dengan tak sengaja aku terjumpa sebuah manuskrip lama yang aku pun sudah lupa mengenai nya. Di dalamnya terdapat bermacam petua orang dahulu kala mengenai bermacam2 bab. Di sini aku cuba nukilkan secara ringkas satu bab yang menceritakan mengenai isteri baik dan jahat atau dalam bahasa biasanya ialah untuk mengetahui sesuai atau tidak jodoh kehidupan sesaorang itu bersama pasangannya (Raksi). Tujuan aku sebenarnya bukanlah untuk hendak mempercayai benda-benda sebegini kerana ianya bercanggah dengan agama kita, tetapi sekadar untuk menjadi tatapan dan renungan kita semua yang mana inilah salah satu cara yang diamalkan oleh orang tua kita dahulu.

Bab pertama hendaklah kita mengetahui nilai setiap huruf jawi yang ada didalam ejaan melayu.

ALIF BA TA THA JIM CA HA(kecik) KHA DAL ZAL RA ZAI SIN SYEN SAD DHAD THA ZHA 1 2 3 4 5 13 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

AIN GHAIN NGA FA QAF KAF GA LAM MIM NUN WAW HA(BESAR) LAMALIF HAMZAH 18 19 25 20 21 22 21 23 24 25 26 27 28 29

YA NYA 30 30.

Setelah cerap semua nilai setiap huruf diatas, maka barulah kita raksikan nama lelaki dan nama perempuan yang hendak dijodohkan. Sebagai contohnya, lelaki bernama Ahmad Jazimin dan perempuan bernama Nurul Erlin. Langkah yang pertama ialah kita ambil kepala huruf nama lelaki dan dicampur dgn kepala huruf nama perempuan.

ALIF (1) + NUN (25) = 26

Langkah ke-dua, hendaklah membuat 5 tompok dan setiap tompok mengandungi 5 bilangan.

ooooo ooooo ooooo ooooo ooooo = 25 bilangan. baki lagi = 1

Baki yang 1 itu hendaklah dimasukan ke dalam tompok yg sudah tersedia menjadikan tompok pertama sahaja yang berjumlah 6 bilangan, tompok-tompok yang lain masih berjumlah 5 bilangan. Jumlah ini didalam syarah raksinya dipanggil “Lebih Satu”.

oooooo ooooo ooooo ooooo ooooo



Lebih Satu (Telaga Bawah Bukit) Adalah tersangat baik raksinya, tiada berkelahi balah seumur hidup dan berkasih-kasihan hingga ke-mati. Segala pencariannya naik tagam dan mendapat harta yg banyak, maka ia boleh menolong orang dalam kesusahan. Jika mendapat anak lelaki atau perempuan bertambah kasihnya, jika berniaga bertambah besar untungnya.

Lebih Dua (Bulan Penuh Purnama) Sukacita berkasih-kasihan laki bini tiada berkelahi balah jua. Pencariannya cukup, tetapi hingga lebih jika rajin usahanya dapat juga menolong orang yang kesusahan dan jika dapat anak lelaki kekusahan rezekinya dan ada juga balah laki bini tetapi tiada melarat. dan jika mendapat anak perempuan, adalah rasiknya seperti telaga bawah bukit.

Lebih Tiga (Menteri Benci) Adalah raksinya tiada kekal kesudahannya antara laki bini, berkelahi balah sokmo sehingga bercerai berai. Pencariannya tiada cukup makan dan berhutang. Jika mendapat anak lelaki, raksinya seperti menteri suka dan jikalau mendapat anak perempuan, adalah raksinya seperti bulan penuh purnama.

Lebih Empat (Menteri suka) Adalah Raksinya sedangrakna, berkasih-kasihan jua laki bini dan pencariannya sedangrakna juga tidak lebih tidak kurang. Dan jika mendapat anak lelaki bertambah-tambah kasih dan jika mendapat anak perempuan, bertambah harta dan murah hati antara laki bini.

Lebih Lima(Tanduk Seberkas) Adalah raksi ini tiada baik sekali2. Sentiasa berkelahi balah antara laki bini dan tidak kekal kehidupannya. Pencariannya pun tiada beroleh dan tak dapat tidak akan bercerai berai.

Lokanbertepuk: Sebuah hadith yang diriwatkan oleh Safiyyah RA. Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya “Sesiapa yang mendatangi sesaorang ‘arraf, dan bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima amalannya selama 40 hari”.





Sutra Pawana (SP) ditubuhkan pada tahun 2005 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menggantikan kumpulan Naga Bora, dengan penjenamaan semula,senior-seniorku memasang tekad dan keazaman yang tinggi untuk terus menghidup dan menyuburkan seni budaya dikir barat di UIAM ini..Pada masa itu, Mohd Helmi Mohd Zain menjadi tukang karut dan juara pula Kori,memang dah hebat pada masa tu..walaupun baru..

Dibawah pimpinan En Abd Hadi Fahimi Mohammad, SP terus berkembang sehingga menjadi kumpulan dikir barat yang tidak asing lagi di KL ni..Dan menjalinkan banyak hubungan demokratik dengan kumpulan2 luar UIA...

Antara presiden yang telah menaburkan jasa pada SP ialah Wan Muhammad Nasri, Tengku Mohammad Faiz,Azua Faridi,Khairul Anuar,Mohd Faizal dan sekarang, Mohd Azwan Abdullah memegang tampuk pimpinan tersebut...

Sang Saka melangkah masuk ke alam sutrapawana pada tahun 2006,pada hari terakhir Sang Saka menjani taaruf di UIA,disaat ingin pulang ke bilik,terdengar bunyi paluan gendang dan alat2 dikir barat lain,Sang Saka terus bergegas menuju ke tempat punca bunyi tersebut..lalu terlihatlah semua pendikir2 UIA pada masa itu..waaahhh...

Sekarang,selepas 3 tahun bersama SP, Sang Saka memegang jawatan Naib Presiden Sutra Pawana, Tukang Karut Utama dan antara engineer SP didalam perancangan mengenai Kelab Sutra Pawana dan agenda Sutra Pawana di arena pendikiran..Alhamdulillah...

Terbaru, Sutra Pawana meletakkan namanya antara 4 kumpulan terbaik seluruh Malaysia apabila melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir RTM, walaupun tewas pada saingan separuh akhir..ia merupakan pengalaman yang amat mahal harganya..

muslih sang saka

Assalamualaikum

Salam Sang Saka buat semua....

Alhamdulillah...saya telah mengambil langkah memulakan blog ini bagi menggantikan blog saya yang lama kerana keterlupaan password..hehe...sila lah berkunjung ya...akan memuatkan pelbagai kisah..madah yang banyak dan berita yang terus terusan..