BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 11, 2009

Festkum 2009 sedang dilangsungkan, untuk pertandingan dikir barat Festkum 2009, telah berakhir sudah..entah siapa yang mencaturkan,atau kebetulan yang benar2 betul, Sutra Pawana UIAM telah diundi untuk bertemu dengan Basa Diwana UM, satu ujian yang cukup menguji diriku..

Semua telah maklum,bahawa Sutra dan Basa ialah sepasang sehabat yang sememangnya karib di arena dikir barat lembah klang..saling membantu dan meningkat antara satu sama lain. Di Festkum 2009 telah menjadi satu lapangan ujian buat kedua-dua kumpulan.

Sutra Pawana UIA memiliki giliran no 10, dan Basa Diwana UM nombor 9, bermakna kami akan sama2 berkongsi pentas untuk pertandingan ini. aku kekok mengadap mereka kerana kerap kali sudah aku bersama mereka..kesetiaan aku pada UIA,kehormatan aku pada UM..

Lalu aku berjumpa dengan Encik Asrol UM,kami berikrar bahawa pertandingan ini akan kami harungi dengan penuh profesional. UIA akan membuat persembahan terbaik,UM pon sedemikian juga.

Berlalu sudah,hasil pengalaman dan tunjuk ajar,pada malam itu,aku kira UIA dan UM telah mempersembahkan dikir barat dalam kelas tersendiri..semua berkata sedemikian. aku cukup gembira..ujian persahabatan telah aku lalui dengan cukup tabah..

buat basa diwana,tahniah atas persembahan cukup bertenaga...yang menyuntik semangat untuk sutra pawana mempersembahkan dikir barat yang sama kualiti dengan kalian...

0 comments: