BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 6, 2010

Siapa Sebenarnya Pejuang?

Hari ni,aku termenung melihat beberapa rakaman lagu yang membuatkan aku jauuhh berfikir..dengan dunia yang selalu aku katakan membawa satu ketenangan buatku, dunia dikir barat yang pada hakikatnya aku sudah jatuh hati dengan dunia ni..

Banyak wira dan gadis mengaku telah menjadi pejuang untuk membangunkan industri dikir barat,mengaku telah memberi satu nafas baru buat pejuang seni ini..namun aku melihat usaha dan langkah yang diambil seolah menafikan perjuangan yang telah dipahat pada awal zaman kebangkitan dulu adalah sia-sia..

Berbekalkan rupa yang kononnya cantik untuk ditatap,suara umpama nenek kebayan mengulik lelalang di hutan rimba,dijadikan sebagai modal mengaut keuntungan dipentas yang ingin dikotorkan..

mengapa tergamak mereka meruntuhkan pemandangan yang ingin dibina oleh pejuang dahulu..menongkah arus dunia menghambat ringgit dan raja dunia..

aku melangkah masuk dengan penuh semangat dahulu..kini semangat ini juga yang masih subur,untuk memartabatkan dikir barat jua lah hasratku..

wahai mereka-mereka yang berkenaan,sedarlah,dalam usaha khianat anda,masih ada lagi yang akan bangun memperjuangkan dikir barat ni,ya,walau jauh dirantau orang,cubalah runtuhkan semangat kami,kalau anda berani,kami tak perlu kamera untuk merakam aksi geli geleman yang kalian gunakan untuk mengaut ikan di air keruh.

anda mahu mencuba? silakan..kami masih disini..

4 comments:

Unknown said...

semoga tidakkan luntur semangat membara ini...

zaCk zaYana -O.O- said...

tgk video yg muslih bg link aritu pon dah geli...
adeh~

moga kejauhan hati mu..tidak melunturkan semangat...jadikan ia satu cabaran~~

Sang Saka said...

InsyaAllah...akan terusss mempertahankan semangat ini..

Sang Saka said...

InsyaAllah...akan terusss mempertahankan semangat ini..