BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 23, 2010

Aduhai Malaysia...

Memerhati senario politik hari ini membuatkan saya berfikir,jika Malaysia terus begini,bagaimana hidup anak-anak saya nanti? Politik Malaysia dilihat semakin kompleks selepas pilihanraya 2008, menyaksikan untuk kali pertama dalam sejarah pilihanraya Malaysia, Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di dewan rakyat..kekacauan di parlimen dengan bahasa yang amat muak didengar menggambarkan fizikal pilihanraya Malaysia..

Dalam dasawarsa yang muttakhir ini,siapa yang layak memegang tampuk pimpinan kerajaan Malaysia? dengan tekanan politik daripada pihak pembangkang yang seolah sudah menewaskan BN dalam pilihanraya, dan juga laungan tuntutan daripada penyokong kerajaan juga menambahkan lagi tekanan kepada pihak pentadbiran negara..

Sedarkan kita,kita diperhatikan dunia,Malaysia diakui sebagai negara islam yang maju dan stabil daripada segenap segi, dengan senario politik ini,adakah label negara islam yang maju dan stabil masih milik kita?

Daripada segi jenayah,saya sendiri sudah tidak terkejut dengan laporan pembunuhan,rogol,buang bayi,dan juga rompakan..adakah Malaysia kini masih menjadi sebuah nagara yang kondusif untuk didiami..

Saya berkira-kira sendiri,banyak senario yang kini mampu dan berpotensi menghakis imej bersih Malaysia,tambah teruk lagi,ada antara pemimpin rakyat dengan tidak segan silu menerima tawaran media asing untuk membicarakan kekurangan dan keburukan Malaysia untuk diketahui oleh semua penduduk dunia yang sentiasa memerhatikan..

Adakah ini yang ingin diwariskan kepada generasi masa depan? Mungkinkah ini yang perlu diwarisi,pendidikan tidak langsung ini lebih berkesan daripada pendidikan formal..

Jauh sudah kita berjalan,adakah mahu duduk dan berehat memuji-muji pencapaian yang telah dinobat menjadi sejarah dan tanpa mahu mencorak pencapaian baru negara ini..

Berdiri megah menobatkan "akulah pejuang rakyat" tidak cukup memberikan jaminan kepada kami generasi baru,pada masa yang sama memusnahkan banyak harapan dan impian kami.

Seakan benar,politik itu kotor, saya memerhatikan situasi politik Malaysia sekarang,penuh dengan polimek dan fitnah, menghalalkan apa sahaja demi kekuatan diri dan parti,menghalalkan apa sahaja agenda asalkan ada keuntungan..kalau ini yang ingin dicorakkan..tahniah pada mereka!

0 comments: