BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 29, 2010

FInal RTM 2010

dua hari lepas,saya berjumpa dengan Sabri Yunus di Program Merakyatkan Seni Budaya, Sabri mengucapkan tahniah pada saya,selepas pertandingan separuh akhir,inilah kali pertama kami berjumpa,sebenarnya saya dan sabri bukanlah tidak pernah kenal,kami berkongsi pengalaman yang banyak,beberapa kali digandingkan dalam dikir barat,semasa Salam Pantai Timur dulu,dan lain2 lagi...hubungan peribadi telah lama terjalin.

Sabri memberitahu saya,tarikh pertandingan akhir rtm 2010 bakal diadakan pada 29 Hb Oktober di RTM Kuantan Pahang,sebarang perubahan mungkin tidak akan berlaku..saya berkira-kira,nanti tidak ramai penonton yang akan datang,saya berharap jangkaan saya itu bakal meleset.

Titih Pusaka telah memulakan sesi latihan mereka,dan saya tahu,kreativiti mereka juga tidak boleh saya pandang enteng,sebabnya,saya kenal mereka dan saya tahu selera mereka juga besar...

Well,untuk menjadi seorang yang profesional,saya juga bersiap-sedia,diri sendiri maksud saya,lagu matang,irama baru dan lama,semua saya kaji,dan menjadi tabiat saya mendengar dan menonton rakaman pertandingan akhir tahun2 lepas,untuk mendapatkan mood dan idea..mane tahu dapat yang baru dan menarik..

Mengikut kata sabri,tahun ini,pertandingan akhir akan lebih luar biasa sebab tukang karut kelahiran kuala lumpur kedua-duanya akan bertanding..saya juga mendoakan perkara yang sama...

semoa tiada tangan-tangan ghain kali ini...seni budaya dikir barat ini perlu diiktiraf...dan yag akan memulakan langkah itu,kita sendiri...insyaAllah...

3 comments:

datuk d said...

selamat berjaya adik lih..
zaman demo doh nih..

lokanbertepuk said...

Aku sentiasa berdoa untuk mu..

Sang Saka said...

dd-zaman kita sokmo2,tapi belam merancang penuh beringat....takot ada hok tike jelok..hehehe

ayohmat-xdok benda lain hok ambo harap dari ayahanda lokan bertepuk ni selain doa dan sokongan...