BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 26, 2010

dalam dikir barat,saya mengakui banyak yang dapat dipelajari,secara latihan dan pengamatan..perasaan dan pemikiran...

Semasa saya membuat persembahan,atau semasa pertandingan,saya suka membayangkan diri saya sebagai seorang panglima yang mengetuai bala tentera di medan perang. menggempur dan menggamamkan musuh dan taulan didepan mata..menjadi seorang yang yakin dan penuh bersemnagat..

Terkadang,disaat persembahan atau pertandingan, perasaan mungkin terganggu dek kerana banyak hal yang mengusung datang,hinggakan seorang panglima tadi terpaksa membaling keris dan tombak kerana tak mampu bertempur dengan tulang 4 kerat.

Hakikatnya,walaupun berjiwa panglima, perasaan tidak mampu dikawal secara stabil selamanya,perasaan yang selalu menjadi inspirasi seorang seniman mampu juga meruntuhkan tembok ilham..walaupun panglima itu gagah menyusur medan perang,.

Terkadang seorang panglima itu juga mudah tewas dengan pandangan mata..rasa tertipu dan rasa cemburu,sedangkan pandangan matanya tu bukanlah satu hakikat...namun semua perlu menerima seorang seniman adalah manusia yang amat sensitif...dan juga mungkin jika dalam bahasa kasar kita sebut seorang yang gila perasaan..kerana itu yang akan menghasilkan ilham yang menyelam jiwa.

Sebagai pendikir,kita perlu berilham dengan penuh ikhlas demi menghasilkan ilham yang berpujangga dan penuh kualiti..bukan sekadar seni saduran atau seni hujung kuku..dikir barat sudah melangkah jauh,tapi pandangan permainan rakyat menjadikan seni ini murah..mengapa ya?? jangan sampai panglima membaling keris sekali lagi!

Thursday, April 22, 2010

awak,kat mana hati saya??
awak kata ada kat awak??
bile awak ambik??
umm...jaga leklok tau...

awak,kat mana hati saya??
awak cakap nak jaga leklok..nape awak tinggal merata???
eish awak ni..nah..saya bagi sekali lagi..

awak..mana hati saya??
laaa..nape dah pecah sikit ni??
awak hempas ek?
owh...awk x sengaja..xper lah...simpan bebaik.

awak..mana hati saya??
aik..yang awak pegang tu bukan hati saya..
hati sape tu??
mana awk campak hati saya???

hmm..bagi balik hati saya tu..
awak x pandai menjaga...
nanti saya bagi kat orang yang bleh jaga bebaik..
teruk la awak ni..
tapi xper..saya maafkan...

p/s-ni nukilan seorang sahabat saya yang sedang minat buat tulisan kreatif..saya tgk tulisan yang ini dan saya meminta izin nak di tampal kat sini...kalo ada masa,akan saya jadikan lagu..kalo x seswai ngn suara saya,nant saya bagi kat sesape yang minat dan sesuai nak nyanyi..saya suka dengan mood watak "saya" dalam tulisan di atas.. macam baik sesangat.

Tuesday, April 20, 2010

Terbelit lidah..

Pernah tak kita terbelit lidah masa nak bercakap? bagi saya..saya beberapa kali pernah terbelit lidah..yang paling x dapat saya lupakan ialah masa pertandingan separuh akhir rtm tahun 2009,lidah seperti disimpul..lain yang dihafal,tapi gagal menyebut apa yang diingini...hinggakan pada masa tu saya menukar lirik lagu matang dan jugak karut..even wau bulan pon! nasib baik tak rosak persembahan tu walaupun keputusannya kami kalah...heheh...

terkadang,kita dah plan dan kadang2 kita tau apa yang kita nak ucapkan..tapi lidah kita gagal berfungsi sejajar dengan apa yang kita fikirkan lantas menerbitkan satu perkataan atau sepotong ayat yang kita tak pernah jangka nak diluahkan...

sebagai contoh..(situasi di kedai makan)-saya nak basikal tumis..sedangkan kita dok pikir kat sambal tumis...heheh

lagi- are su sleeping?? sedangkan kita nak ckp are you sleeping..semua ni boleh terjadi sebabnya kadang2 otak kita terlalu cepat berbanding fizikal kita...

masa dikir barat, saya beberapa kali mengucapkan selamat malam sedangkan persembahan tersebut pada siang hari..terutamanya persembahan kat kedai abe lan pantai dalam.. namun itu semua dikalsifikasikan sebgai gurauan sahaja..hehe...

Sunday, April 18, 2010

datang membawa sejambak senyuman,
memberikan seribu pengertian,
pinang muda yang mahu menyulam persahabatan..
aku mahu kamu disini...

ombak badai mungkin melanda,
tsunami besar mungkin melanda bahtera,
menghancurkan kampung harapan,
menawarkan manis kuntum senyuman,
namun,
ku masih mahu kamu disini,

kita mahu berjalan jauh,
mari menimba bekal manisan,
buat hilang pahit dedebu muram yang curang,
kerna,
aku masih mahu kamu disini..

jari kelingking yang kita taut,
sebagai tanda akan mematuhi,
mari taut sekali lagi,
janji mahu bersama,
terus disini,
kerana aku mahu kamu disini..

kelatnya pinang muda menjadi penawar,
sang saka mungkin keseorangan,
tapi masih berharap kamu terus disini,
menjadi tempat menyandar saat sang saka x mampu berdiri,
aku mahu kamu disini...

semalam ada show kat cm,anjuran jakim,diorang jemput grup dikir utk wat persembahan...aku gi nak enjoy n release tension sambil cari income singgit dua..heheh...awal lagi aku turun,,pastu pegi sana...tapi show mlm tu aku dlm keadaan moody plak..sebabnya,ada tindakan kureng matang oleh beberapa manusia yang mengatakan diri mereka kawan aku...

kadang2 kita rasa diri kita dah baik..tapi ada jugak org tgk kita sebagai pesaing..well..x semua yang kita nak akan jadi kenyataan...thats the fact la...huhuh...xper..asal orang yang terlibat tau keadaan sebenar tu pon dah cukup la kan...

Kepada seseorang tu..ketahuilah..saya selesa berganding ngan anda..as show partner and in life also...keserasian amatlah penting untuk menghasilkan persembahan yang bertenaga..

tapi persembahan utk show anjuran JAKIM tu diklasifikasikan sebgai berjaya la..dan pengajarannya..jangan tukar plan show disaat akhir...sebab mood akan down..sian kat pendikir samudera that day..huhuhu