Tuesday, August 14, 2012
Salam aidil fitri, semoga semuanya menghargai kedatangan hari raya kali ini, gunakan untuk memohon maaf sesama kenalan.. mungkin ini ialah hari raya terakhir sebagai bujangan,.,insyaAllah... selamat hari raya..
Thursday, July 19, 2012
Disini, saya ingin mengucapkan selamat menempuh Ramadhan Al Mubarak kepada semua sahabat dan kenalan saya, semoga barakah di sepanjang Ramadhan ini, Tentu sekali kita semua mempunyai kenangan di Ramadhan sebelum ini, dan semoga Ramadhan kali ini sekali lagi menjadi kenangan yang manis untuk kita semua, Buat seseorang itu, sudah cukup setahun dah,.tunjukkan bahawa you are somebody, not nobody. or else, u will ashame to be yourself.
Monday, July 2, 2012
Selasa, 3 Julai, Sunang Detaga akan bertanding, saya berharap semua berdoa agar mereka layak ke peringkat seterusnya..Mereka antara keluarga saya di Lembah Klang.
Friday, June 29, 2012
Salam semua, Alhamdulillah, saya kini menjalani frasa baru didalam karier saya, banyak kursus yang wajib dihadiri, dan banyak kerja yang patut dipelajari..namun semua itu membuatkan saya gembira dengan kerja saya.. Dikir...terpaksa dinomborduakan sekarang, bukan kerana beralih minat, namun memberi laluan kepada karier kehidupan, dikir still going on, tp selected only.. Kehidupan, lebih tenang dan jelas tumpuan dan sasaran, dan Alhamdulillah, i made a great income now,boleh membantu ayah bonda dan adik-adik.. on top of that, saya yakin dan saya percaya apa yang saya yakini adalah betul, luncai terus dengan labu-labunya, dan saya terus diberi bonus berganda oleh Allah swt. harap jauhkan istidraj dariNya. InsyaAllah, masa akan membuktikan bahawa sesiapa yang berusaha dan bersyukur, akan memperoleh rahmat dan nikmat yang Allah dan janjikan.. Kepada semua kawan dan lawan, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian, semoga menjadi manusia yang bersyukur dan bernilai di dalam kehidupan kalian.. Wassalam..
Monday, April 2, 2012
Assalam, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya lalui bersama keluarga besar dikir barat saya melalui Pertandingan Dikir Barat Kraftangan 2012.
Sutra Pawana, pasukan dikir barat yang mewakili UIAM,terdiri daripada semua pemain dan ahli baru,awak-awak baru, pemuzik baru,jogho dan tukang karut baru,dan target untuk pertandingan ini,memecahkan kebuntuan kesepian Sutra Pawana di arena dikir barat lembah klang,dan alhamdulillah, dapat memberi pengalaman,keyakinan dan nafas baru Sutra Pawana. Kalah itu wajib,sebab banyak sudut lagi yang perlu ditekankan,dan target untuk sebuah comeback yang ditunggu..mission accomplished!
Iramasuaramuda Pantai Dalam, sebuah pasukan dikir barat yang hampir sempurna, awak-awak berpengalaman,pemuzik yang berkeyakinan,dan watak utama yang hampir syumul dimata saya, Kemenangan mereka sangat membanggakan saya,mereka dunia saya,di tahap profesional,mereka mampu bersaing dengan siapa sahaja,kerana mereka bukan berdikir untuk mencari lawan,tapi membina maruah,dan maruah itulah yang mereka junjung selama ini. Jogho dan Tukang Karut kelahiran Pentas Dikir yang saya secara langsung terlibat. Mahmanih Gergajiwa, dan Sina Kencana memang antara yang terbaik.
Tabuh Pendita USIM, mereka ialah antara anak didik saya,walaupun secara tak langsung,saya bertanggungjawab terhadap mereka,dan mereka telah cuba yang terbaik. Apa yang penting,pengalaman dan membina keyakinan diri,ermmm..tukang karut tu over sangat kot..huhu..tp thats really him,he will be like that on the stage.
Akhirul Kalam, kamu semua sangat saya sayangi, diatas nama dikir barat,kita bersatu membina maruah,maruah yang tiada siapa lagi akan tolong junjung kalau tidak dijunjung sendiri..dan pada malam itu,saya telah memberikan SOMETHING kepada SOMEONE. Dan saya sangat sukakan happy ending begini dalam cerita yang saya terlibat.from zero to hero..
Friday, March 23, 2012
Pertandingan Dikir Barat FESENI 2012 UM peringkat akhir, akan berlangsung pada 26 Mac 2012 bertempat di DTC UM,pada jam 8 Malam.
Menemukan Kolej 1 bertemu dengan Kolej 7, dan Kolej 9 dengan Koleh 12.
Mari saksikan bersama-sama, dan saya akan memberi sokongan kepada semua kumpulan dengan harapan maruah dan seni dikir barat sama akan di martabatkan.
Citra Andika akan mewakili Kolej 1. dan mereka akan membawa ilham saya ke pentas itu nanti.
http://www.youtube.com/watch?v=vyUx-u_uqUI&feature=youtu.be