Thursday, February 4, 2010
Pengetahuan asas seorang tukang karut meliputi beberapa perkara iaitu karut perlahan/karut pembukaan, karut kelantan dan juga karut wau bulan. bagi seseorang tukang karut, jika dirinya mengusai kemahiran menyanyi,itu adalah kelebihan yang dimiliki,mungkin dalam sesuatu keadaan, seorang tukang karut perlu menyanyikan lagu..
Dalam post ini,ingin saya membincangkan perihal key seorang tukang karut.. Masalah key ini sering kali terjadi kepada tukang karut,dan sesetengah tukang karut memejamkan mata perihal key ini,sedangkan hal ini bukanlah sebarang hal yang boleh diketepikan oleh tukang karut.
seorang tukang karut mesti menjaga key suara semasa karut perlahan,karut kelantan,dan juga wau bulan bagi mengelakkan masalah sumbang terjadi..
Antara petua untuk menjaga key ialah tukang karut turut sama menurut key jogho,dan mengambil key yang sama untuk karut..jika dalam keadaaan key jogho terlalu tinggi, key jogho tadi wajar dibahagi dua untuk mengelakkan kelesuan persembahan.
cuba bayangkan seorang jogho menyampaikan lagu dalam key yang agak tinggi,tiba-tiba tukang karut menyampaikan karut dalam nada seolah-olah bercakap.
Dari segi tempo,seorang tukang karut bertanggungjawab membawa tempo yang sesuai semasa persembahan bagi mengelakkan tempo persembahan jatuh..jika persembahan dikir barat itu bersekitarkan diatas bangsal,ataupon semasa hatuk, tempo karut pusingan pertama dan kedua serta ketiga mestilah berbeza.
Bermula dengan karut perlahan, biasanya tukang karut mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah,memperkenalkan pendikir yang terlibat,menerangkan majlis dan sewaktu dengannya..
Dalam karut kelantan,cerita yang direka ataupon dikarang oleh tukang karut disampaikan..
dan juga dalam wau bulan,sembah takzim,mohon maaf dan juga selamat tinggal...
dalam ketiga-tiga karut,tukang karut mestilah menjaga key dan tempo untuk menjaga graf persembahan agar tidak turun naik..
sekian bahagian tiga...
0 comments:
Post a Comment