Wednesday, June 16, 2010
Saya masih sedar,dan saya masih ingat kekalahan saya di separuh akhir pada pertandingan dikir barat kebangsaan rtm 2009 tahun lepas,tarikh pertandingan itu sangatlah hampir dengan hari jadi saya..dan saya nekad pada masa itu untuk menjadikan kemenangan saya di separuh akhir sebagai hadiah hari jadi sayayang amat saya inginkan..namun,hasrat dan impian hanya tinggal cita-cita..
Tahun ini,sekali lagi saya melangkah ke separuh akhir..dengan kumpulan berbeza,kekuatan pasukan yang berlainan,dan peluang yang penuh liku..saya masih inginkan hadiah hari jadi saya itu menjadi kenyataan..saya lebih suka berterus terang,saya akan buat yang termampu dan terbaik untuk merealisasikan kejayaan saya, cita-cita saya..
Bersama Pasukan Sri Gedombak Kampung Merkang Pasir Puteh, saya amat berharap untuk maju ke pentas Akhir buat kali pertama,sebagai bukti saya wujud di arena dikir barat ini.bukanlah gelaran dan hadiah yang saya dambakan,cuma saya mahukan harga dan maruah kata-kata saya yang membawa ideologi seni tersendiri akan dihargai kelak.
Saya kerap kali berjanji pada diri,jika saya masih gagal melangkah ke akhir untuk tahun ni,saya mungkin akan melabuhkan tirai perjuangan saya..namun,saya tahu saya tak akan mampu menunaikan,tahun lepas pon sudah saya ucapkan tak akan bertanding lagi,namun tahun ni saya tersenarai dalam list peserta juga..itulah orang seni..
Namun,ada logiknya jika saya mengatakan selepas pertandingan ini,andai saya kalah,saya akan menumpukan perhatian saya pada kerjaya saya yang akan mendatang,memandangkan saya akan tamat pengajian di UIAM pada tahun ini..kerjaya yang juga penuh liku akan datang mengisi petak2 kosong kehidupan saya..
Namun,kemenangan dan kehebatan seseorang bukanlah diukur dipentas rasmi sahaja,tapi hakikatnya,itulah kayu pengukur dunia dikir ni..untuk buat album?? x pernah saya impikan..bak kata abe mie,takot tak laku..hehe...
Di hati kecik saya ni,saya amat berharap untuk mencecah pentas final..walaupun sekali ini sahaja..saya juga takut untuk disabitkan dengan kekalahan pasukan yang telah 4 kali bergelar juara pertandingan ini..namun,siapa kata saya akan takut dengan pertandingan..saya akan buat yang terbaik..
Untuk Hadiah Hari Jadi saya,daripada tahun lepas,dan untuk tahun ini,saya mahukan kemenangan di pentas se[aruh akhir..itu janji saya..
1 comments:
jange begaduh putus asa lih... panje lagi masa.. amik contoh Muloh Seman Wau Bulan, Muloh Cikgu Naim nga Mulah abe Jemi Bukit Marak.. sapa ke akhir hayat berjuang untuk dikir barat.. takdok lih sapo lagi.. takkan nok harap ko Misha Omar?
Post a Comment