BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 1, 2010

Ntah Kenapa..

Hmm...dah dua minggu lebih kejadian ni berterusan,saya sungguh rasa teruji dengan ujian ini...masalah tidur yang tidak normal membuatkan saya resah...MasyaAllah.. Hebatnya dugaan Mu, namun saya redha,Allah tidak berlaku zalim dengan hambaNya, dugaan diberikan kepada mereka yang mampu..namun,saya insan yang lemah..memang rasa teruji..

Tiap2 malam,saya cuba untuk tidur lebih awal,namun selepas sejam berada dalam keadaan pejam diatas katil,gagal melenakan diri,satu persatu andaian dibuat, mungkin sebab perut kenyang selepas berbuka kot..

Semalam,saya cuba untuk tidak makan nasi dan makanan berat semasa berbuka,mencicip kurma,kueh yang lembut,dan mengenyangkan dengan tegukan air soya yang saya beli di bazar,memang terasa cukup bertenaga untuk berterawikh....malam itu saya berhajat untuk makan nasi atau hidangan yang lebih berat,namun saya batalkan hasrat,mungkin mampu bertahan sehingga esok pagi...selepas pulang ke bilik,saya mengambil masa untuk mengulangkaji,kemudian saya padamkan lampu dan cuba untuk tido..mungkin perut kosong akan membantu lenakan mata saya..

Sejam,Dua jam,saya gagal,saya terus mengambil dompet dan pergi kiosk kolej,abang,panadol 4 biji,...

selepas makan panadol itu,saya mandi untuk sejukkan diri..kemudian saya cuba untuk tidur..laptop yang tak pernah off tu saya bukakan ayat2 Quran..

Bila masa ntah saya tertido,tapi saat saya terjaga,saya rasa kepala rasa mencucuk sangat..MasyaAllah..kejap lagi ada exam..macam mana ni...sabar jer la..

lagi sejam saya akan mengharungi exam,dan saya dalam keadaan sakit kepala..insyaAllah,ada hikmahnya..harap2 begitulah..

-saya menangis sewaktu saya sedang bersujud,Ya Allah,aku tahu Dikau mengasihi aku..-

0 comments: