BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 11, 2010

Salam...saya mengambil peluang ini dengan peruntukan waktu yang sangat sedikit, untuk menulis di blog saya yang sudah bersawang ini..saya sedar ramai yang berpuas hati dengan persembahan final rtm baru2 ini..namun kesakitan dan kesedihan yang dilalui oleh kedua kumpulan tiada siapa yang dapat bayangkan..hanya yang terdekat sahaja mengetahui...

Secara keseluruhan,saya sudah buat yang terbaik..dan kami telah buat yang terbaik..saya dalam tekanan exam pada masa itu, dan itulah kudrat saya yang mampu saya berikan..saya juga berterima kasih kepada pengadil kerana memilih saya untuk anugerah tukang karut terbaik kebangsaan 2010, satu anugerah yang menjadi idaman semua tukang karut di Malaysia..ada pertikaian? Memang ada...saya tau ada..

Pada malam itu saya seolah bertarung dengan diri saya sendiri diatas pentas,saya demam,suara serak dan masa pertandingan saya sakit kepala..dan Jogho kami tiba2 terlupa pantun jogho..memang merencatkan mood saya..nasib baik tiada kesalahan ketara..

apapun UITM memang layak menjuarai pertandingan itu..persembahan bertenaga oleh kesemua pendikir..membuka sejarah baru..kupulan universiti pertama layak ke akhir, dan kumpulan luar Kelantan pertama menjuarai pertandingan...saya memang respek..

Ya,langit itu tinggi dan bumi itu tempat berpijak..saya sedar siapa saya,terlalu besar untuk saya menjulang anugerah tukang karut,tapi saya memang mengimpikan...akan terus saya julang..siapa yang mahu merampas,silakan..

Tahniah buat seluruh warga titih pusaka,abe yie,poksu agil,abe amar jogho terbaik,dan isey tuke karut termahsyur..seluruh warga merkang,seri gedombak,abe man tok raja,ayah merkang,abe aziz, pok muda meran,dan seluruhhh warga merkang..ayah ibu saya,kakak2 saya dan insan yang saya sayangi..awak tahu siapa awak..kehkeh...

Sekarang saya kena fokus exam..sebab saya pelajar..tanggungjawab saya ialah belajar..dan exam ialah pertandingan saya dalam belajar..wish me luck..

1 comments:

datuk d said...

tahniah lih.. keputusan tu betul dah..

p/s: hok mat saleh tu spam la tu lih..