Wednesday, August 24, 2011
Assalamualaikum wbt..selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal mendatang..saat menulis ini,ada lebih kurang 5 hari lagi nak berhari raya.
Bagaimana Ramadhan kalian? adakah berpuas hati dengan perjalan yang anda aturkan didalam bulan mulia ini? harap2 Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir kita.
Saya suka untuk berkongsi sedikit rasa saya sempena dengan Ramadhan ini. Bagi saya, Ramadhan ini adalah yang paling bermakna sepanjang hidup saya, Ramadhan yang membawa saya kembali mencari Allah dengan sebenar-benar pencarian, yang mengejutkan akal saya yang sudah lama lena, dan yang membangunkan saya daripada lamunan tanpa penghujung.. Alhamdulillah.
Ramadhan ini jugalah yang saya percaya membawa saya kepada satu sudut baru berdimensi hidup. dan yang paling membahagiakan,Ramadhan kali ini menemukan kemanisan ibadah buat saya. Tiada niat membongkak diri dan menunjukkan 'alim nya diri, namun,dengan penuh kesedaran saya ialah makhluk yang tidak akan lari daripada dosa dan kesalahan, saya bersyukur dengan sebuah kurniaan kesedaran ini.
Ramadhan itu ialah madrasah, kakak sulung saya pernah berkongsi dengan saya, bagaimana kita mahu melihat Ramadhan itu berbekas kepada kita, lihatlah selepas Ramadhan,seandainya banyak perubahan positif dan lebih baik,harapnya Ramadhan itu telah membentuk jiwa kita kearah lebih baik. dan analogi kakak saya itu dengan haji, seandainya seseorang itu berubah selepas pergi haji, harapnnya haji itu adalah haji yang mabrur.
Saya acap kali menangis didalam ramadhan ini dan tangisan itu tidaklah lain hanyalah kesalkan pembaziran saya keatas umur saya yang saya gunakan untuk leka dan hanyut dengan nafsu saya. dan saya berdo'a semoga Allah mengampunkan dosa2 saya.
Ramadhan ini ramadhan yang paling saya hargai, dan Hari raya ini saya ingin benar2 meraikan semua yang ada dalam hidup saya, saya menangis kepada ibu,saya menangis kepada kakak, saya menangis kepada Allah. dan hari raya ini saya ingin hadiahkan tangisan kebahgiaan kepada mereka.
Berbicara tentang taubat,kita tidak tahu sama ada Allah menerima atau tidak taubat kita, cukuplah kita dikurniakan rasa tenang dan hati yang maha kuat menempuh hidup, kerana itulah harta yang paling berharga.
Saya ingin mendoakan semua yang mengenali saya agar lebih bahagia,lebih tenang, dan lebih berhati waja.
Akhirul kalam,.salam ta'zim daripada saya,saya bersyukur dengan ketenangan ini dan saya bersyukur, ada ramai orang yang Allah takdirkan didalam hidup saya yang menyayangi saya dengan penuh rasa kasih. Alhamdulillah.
Salam Ramadhan dan Salam Hari raya.
0 comments:
Post a Comment