BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 25, 2010

Jangan lupa saksikan PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT AKHIR RTM 2010, Kumpulan Sri Gedombak Pasir Putih Kelantan, bertemu nanti dengan Kumpulan Titih Pusaka UiTM Shah Alam Selangor, yang akan menjanjikan persembahan yang berkualiti...

Doakan pentas akhir ini menjadi pertandingan yang paling berkualiti...

Tuesday, October 19, 2010

dimana sumbu pelita...
aku nak berjalan seorang diri...
nak dinyalakan menjadi api cahaya mengemudi...

Monday, October 18, 2010

dah beberapa minggu aku balik berlatih di kelantan...ujung minggu jer..penat..memang penat..penat tubuh,penat otak..masa dah suntuk..persiapan dah siap...cuma kepenatan tu makin menjadi-jadi..nasib baik segala assignment dah siap antar dah..

walaupun sri gedombak ni kumpulan mahsyur..dikir memang hebat..sesi latihan memang cukup banyak..sebab dengan kepercayaan training make perfect..nak sampai tahap perfect tu sangat lah mencabar kewibawaan..

ikhlasnya,aku bkan seorang yang bergaji..dikir ni suka-suka..dan segala perjalanan pergi dan balik memakan kos yang agak tinggi bagi aku seorang pelajar yang tiada pendapatan...besar ke kecik ker..balik memang kena balik..dan berlatih memang kena berlatih..jadi..xde pengecualian...sekarang,dah banyak sangat hutang terkumpul...kelapa sawit dah tebang, padi belum di tuai...begitulah...

dalam jerih payah,aku susun lagu,karang lirik..cari idea...susah..memang susah...payah memang payah..yang tahu kesusahan dan kepayahan tu hanya aku dan DIA..yang Maha Mengetahui...jadi..aku tekad..go on dengan plan asal..so xde perubahan..orang akan sentiasa komen dan kritik..aku tahu dan sedar akan hal itu..
memandangkan aku akan menoktahkan pertandingan...jadi,aku tak kisah...orang yang akan komen nanti tidak pernah bertanya adakah cukup makan pakai aku disana..di kampung orang..adakah duit tambang ada..adakah ubat masa demam mencukupi..tidak tidak dan tidak..jadi..aku akan pekakkan telinga..

Walaupun begitu...aku juga masih sedar..pentas ini adalah pentas yang akan menjadi kayu pengukur dalam arena dikir barat tanah air.dan aku juga masih sedar,siaran langsung seluruh Malaysia untuk pertandingan itu nanti...

Aku sudah cuba merancang yang terbaik..dan aku juga sudah letih untuk merancang..jadi..apa yang sudah dirancang,itulah yang akan berlaku..harap harapnya...tiada aral yang akan melintang...

Semuanya sudah tersusun..semuanya sudah di atur..semuanya sudah siap..cuma tinggal memantapkan lagi...dan semua itu membuatkan aku cukup letih..sangat dan sangat dan sangat letih...betol..aku letih..

Tuesday, October 5, 2010

salam sang saka

sekarang masa sangat mencemburui saya..semeser ni akan berakhir dalam beberapa minggu lagi...tapi saya terkapai-kapai tanpa tempat bergantung..masa amat laju merentas desa..fusss....kelas cuba saya hadiri dengan sebanyak mungkin walaupun kadang-kadang ada yang terkantoi..

dikir final dah dekat..x lama dah..tapi aku belom balik berlatih sekali pon...ahahaiii..lagu x siap lagi,tajuk x dapat lagi..masa makin suntuk..aaaaaaaaaaaaaaa...

rilek..rilek..cool down muslih..well..selaju-laju masa..x heran pon...sebab aku ada insurans...hehehe...

semuaaaaa!!!!!!!!! pray for me!!

Sunday, September 26, 2010

Masihkah?

berjalan menyendiri mencari kemuliaan,
ditengah-tengah dunia penghinaan,
yang memohon,
terus memohon,
yang menunggu terus menunggu..

Mengemis?
apa yang dirayu,
manis?
madu?
kasih?
masihkah?

Jalan disusur,
menghempas kaca ke batu,
pecahkah?
rapuhkah?
mengetip gula memanis bibir,

suara yang datang lembut mengalun,
tahukah sejauh mana dalamnya,
jari telunjuk berbisa,
arahan yang berdaulat,
menginjak yang tersirat...

Biarlah...

Sunday, September 5, 2010

Saya, Mohamad Muslih Bin Aling @ Muslih Sang Saka Bangsa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua yang mengenali diri saya...Kepada semua insan istimewa dalam hidup saya,saya memohon ampun dan maaf,halalkan makan dan minum saya, ampunkan disa dan khilaf saya,dan saya mendoakan semua mendapat kebahagiaan di hari raya..

"bila sebut pasal raya,bukan saja hari raya,balai raya,pudu raya,kaya raya,hantu raya"hehehe

Wednesday, September 1, 2010

Ntah Kenapa..

Hmm...dah dua minggu lebih kejadian ni berterusan,saya sungguh rasa teruji dengan ujian ini...masalah tidur yang tidak normal membuatkan saya resah...MasyaAllah.. Hebatnya dugaan Mu, namun saya redha,Allah tidak berlaku zalim dengan hambaNya, dugaan diberikan kepada mereka yang mampu..namun,saya insan yang lemah..memang rasa teruji..

Tiap2 malam,saya cuba untuk tidur lebih awal,namun selepas sejam berada dalam keadaan pejam diatas katil,gagal melenakan diri,satu persatu andaian dibuat, mungkin sebab perut kenyang selepas berbuka kot..

Semalam,saya cuba untuk tidak makan nasi dan makanan berat semasa berbuka,mencicip kurma,kueh yang lembut,dan mengenyangkan dengan tegukan air soya yang saya beli di bazar,memang terasa cukup bertenaga untuk berterawikh....malam itu saya berhajat untuk makan nasi atau hidangan yang lebih berat,namun saya batalkan hasrat,mungkin mampu bertahan sehingga esok pagi...selepas pulang ke bilik,saya mengambil masa untuk mengulangkaji,kemudian saya padamkan lampu dan cuba untuk tido..mungkin perut kosong akan membantu lenakan mata saya..

Sejam,Dua jam,saya gagal,saya terus mengambil dompet dan pergi kiosk kolej,abang,panadol 4 biji,...

selepas makan panadol itu,saya mandi untuk sejukkan diri..kemudian saya cuba untuk tidur..laptop yang tak pernah off tu saya bukakan ayat2 Quran..

Bila masa ntah saya tertido,tapi saat saya terjaga,saya rasa kepala rasa mencucuk sangat..MasyaAllah..kejap lagi ada exam..macam mana ni...sabar jer la..

lagi sejam saya akan mengharungi exam,dan saya dalam keadaan sakit kepala..insyaAllah,ada hikmahnya..harap2 begitulah..

-saya menangis sewaktu saya sedang bersujud,Ya Allah,aku tahu Dikau mengasihi aku..-