Friday, March 23, 2012


Pertandingan Dikir Barat FESENI 2012 UM peringkat akhir, akan berlangsung pada 26 Mac 2012 bertempat di DTC UM,pada jam 8 Malam.
Menemukan Kolej 1 bertemu dengan Kolej 7, dan Kolej 9 dengan Koleh 12.
Mari saksikan bersama-sama, dan saya akan memberi sokongan kepada semua kumpulan dengan harapan maruah dan seni dikir barat sama akan di martabatkan.
Citra Andika akan mewakili Kolej 1. dan mereka akan membawa ilham saya ke pentas itu nanti.
http://www.youtube.com/watch?v=vyUx-u_uqUI&feature=youtu.be
Friday, March 9, 2012
Sebuah Akademi yang di formulasi khas untuk mengetengahkan seni dikir barat yang semakin mendapat tempat di Malaysia, target kami semua tunas-tunas baru didalam arena dikir barat, pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar universiti dan semua yang sentiasa berminat untuk belajar.
Pengarah Akademi, Mohd Sulhie Yusuf ataupon Abe Yie Kastam, dan dibarisi ramai tenaga pengajar muka baru dan lama, menggabungkan beberapa aspek tradisional dan modern demi mengangkat martabat dikir barat di persada antarabangsa.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat Akademi Arjunasukma, boleh terus berhubung dengan Abe Yie, 0133394000.
menyiapkan group dikir barat campuran lelaki dan perempuan merupakan eksperimen terbaru saya.. akan bertanding sempena Festival Seni Universiti Malaya 2012,
mereka bukan pakar dalam bidang ini, namun mereka bersungguh menguasai apa yang mereka diajar, dan usaha itu sememangnya tangga kejayaan, dan doa saya sentiasa mengiringi mereka.
Citra Andika,Kolej Kediaman 1 Universiti Malaya, saya letakkan harapan pada anda semua.. Semoga Berjaya!!
Monday, October 3, 2011
Salam Zulkaedah..
Pernahkah kita bertanya, berapa kenal diri kita terhadap orang sekeliling kita? dan pernahkah kita terfikir berapa kenal orang sekeliling kita terhadap kita?
Kenal bermaksud memahami hati budi, lumrah kehidupan mereka dan sebagainya..mungkin dengan mengenali seseorang itu selama 3 atau 4 tahun masih belum cukup untuk kita membuat rumusan orang yang kita kenal itu mengenali diri kita..lebih-lebih lagi orang yang kita sangkakan menyayangi kita (diluar konteks percintaan), akan membantu kita, akan menjaga air muka kita, dan akan menjaga maruah kita daripada sebarang ancaman.
Seandainya kita tidak kenal mereka sedalam yang mungkin, masakan boleh kita percayakan mereka dengan sebenar-benar percaya? Dan seandainya kita percaya, berapa dalam kepercayaan kita kepadanya?
Jika seorang yang baru menempuh kehidupan, hanya 24/25 tahun mengecap manisnya hidup,memanglah kita perlu berhati-hati kerana umur itu masih dalam kategori kebudak-budakan dan tidak matang. Namun jika orang yang berada di sekeliling kita itu sudah lama mengecap masinnya garam, manisnya gula, bezanya cuka dan tajamnya lidah. mampukah kita membuat rumusan bahawa orang itu benar2 boleh kita letakkan sepenuh kepercayaan dan mendambakan kasih sayang?
Dan percayalah, hanya kita yang mampu menjaga maruah kita, menyayangi diri kita, dan memberi kebahagiaan kepada diri kita, dan yang paling penting, hanya kita mengenali diri kita..
usah terlampau berharap diluar sana ada yang menyayangi diri kita seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Gading bertuah takkan pernah sama nilainya dengan tanduk tersisa..
Salam Zulkaedah...kepada yang akan menjadi tetamu Allah, Semoga mendapat haji yang Mabrurrr...
Wednesday, August 24, 2011
Assalamualaikum wbt..selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal mendatang..saat menulis ini,ada lebih kurang 5 hari lagi nak berhari raya.
Bagaimana Ramadhan kalian? adakah berpuas hati dengan perjalan yang anda aturkan didalam bulan mulia ini? harap2 Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir kita.
Saya suka untuk berkongsi sedikit rasa saya sempena dengan Ramadhan ini. Bagi saya, Ramadhan ini adalah yang paling bermakna sepanjang hidup saya, Ramadhan yang membawa saya kembali mencari Allah dengan sebenar-benar pencarian, yang mengejutkan akal saya yang sudah lama lena, dan yang membangunkan saya daripada lamunan tanpa penghujung.. Alhamdulillah.
Ramadhan ini jugalah yang saya percaya membawa saya kepada satu sudut baru berdimensi hidup. dan yang paling membahagiakan,Ramadhan kali ini menemukan kemanisan ibadah buat saya. Tiada niat membongkak diri dan menunjukkan 'alim nya diri, namun,dengan penuh kesedaran saya ialah makhluk yang tidak akan lari daripada dosa dan kesalahan, saya bersyukur dengan sebuah kurniaan kesedaran ini.
Ramadhan itu ialah madrasah, kakak sulung saya pernah berkongsi dengan saya, bagaimana kita mahu melihat Ramadhan itu berbekas kepada kita, lihatlah selepas Ramadhan,seandainya banyak perubahan positif dan lebih baik,harapnya Ramadhan itu telah membentuk jiwa kita kearah lebih baik. dan analogi kakak saya itu dengan haji, seandainya seseorang itu berubah selepas pergi haji, harapnnya haji itu adalah haji yang mabrur.
Saya acap kali menangis didalam ramadhan ini dan tangisan itu tidaklah lain hanyalah kesalkan pembaziran saya keatas umur saya yang saya gunakan untuk leka dan hanyut dengan nafsu saya. dan saya berdo'a semoga Allah mengampunkan dosa2 saya.
Ramadhan ini ramadhan yang paling saya hargai, dan Hari raya ini saya ingin benar2 meraikan semua yang ada dalam hidup saya, saya menangis kepada ibu,saya menangis kepada kakak, saya menangis kepada Allah. dan hari raya ini saya ingin hadiahkan tangisan kebahgiaan kepada mereka.
Berbicara tentang taubat,kita tidak tahu sama ada Allah menerima atau tidak taubat kita, cukuplah kita dikurniakan rasa tenang dan hati yang maha kuat menempuh hidup, kerana itulah harta yang paling berharga.
Saya ingin mendoakan semua yang mengenali saya agar lebih bahagia,lebih tenang, dan lebih berhati waja.
Akhirul kalam,.salam ta'zim daripada saya,saya bersyukur dengan ketenangan ini dan saya bersyukur, ada ramai orang yang Allah takdirkan didalam hidup saya yang menyayangi saya dengan penuh rasa kasih. Alhamdulillah.
Salam Ramadhan dan Salam Hari raya.
Sunday, July 31, 2011
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengenali diri ini..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih hebat daripada Ramadhan yang lepas..mungkin ini Ramadhan terakhir kita..ambillah peluang daripada ruang syurga yang ada di sepanjang bulan mulia ini...
