Tuesday, November 24, 2009
Kita sebagai manusia perlulah mengerti bahawa dunia yang kita diami pada hari ini bukanlah kekal selamanya, akan musnah pada satu tarikh yang Allah sahaja mengetahuinya, jadi selama kita menginap di alam ini,carilah keredhaan dan kesejahteraan yang boleh dijadikan bekal di alam abadi...
Saya mahu berkongsi sesuatu mengenai pengorbanan sempena hari raya Aidil Adha, atau hari raya qurban,ada dua sirah besar sempena hari raya qurban ini,pengorbanan anak Nabi Adam, iaitu Qabil dan Habil, dan juga pengorbanan Nabi Allah Ibrahim..
Didalam kehidupan kita,semua kebahagiaan dan kegembiraan perlulah diiringi terlebih dahulu oleh pengorbanan. Mahu gembira semasa berkarier, kita berkorban untuk belajar.
Mahu bahagia dialam rumah tangga,kita berkorban perasaan dan masa, jadi elemen pengorbanan ini mestilah menjadi satu akhlak kita agar melatih hati dengan sikap khusyuk dan tawadduk dengan amalan.
Sebagai menghargai rezeki Allah,kita membuat ibadah qurban,sebagai menghargai kasih sayang ibu bapa,kita korbankan kepentingan,sebagai menghargai jasa guru kita korbankan ego dan perasaan...barulah menjadi insan yang kamil...
Sebagai pelajar,kita korbankan masa gelak tawa untuk mencari ilmu demi membina masa depan, jika berkasih,korbankan kerinduan demi kebahagiaan kedua-dua pihak,barulah cepat beroleh jodoh..heheheh
Akhir kalam....Kepada semua kenalan,saya ucapkan selamat hari raya aidil adha, maannajah wal mawaddah..maaf zahir dan batin....
by: sang saka
4 comments:
berkorban apa saja
harta atau pun nyawa...
ya.. korbankn~~
namun pengorbanan perlulah berasas, takkan nak berkorban diri sebab chenta..ahakss...ada dlm utube,org bunuh diri sebab frust..haiii
org yg bunuh diri pkir chenta adalah perkara yg asas dlm hidup... nauzubillah
Post a Comment