BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 1, 2009

Gegar FEStKUM 2009

Salam Seni Budaya buat semua pembaca Sang Saka, semoga diberkati dan dirahmati Allah swt setiap masa hendaknya...

Detik mendebarkan semakin hampir, mengejutkan lena pendikir-pendikir universiti-universiti seluruh Malaysia. Festival Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia makin hampir. Kali pertama diadakan secara festival. Selepas setahun menyepi, MAKUM menganjurkan sekali lagi pertandingan yang amatlah dinantikan oleh seluruh penggiat budaya universiti.

9-14 Disember 2009, tanggal yang dipilih oleh MAKUM untuk festival tersebut. Manakala UKM dan UM dipilih menjadi tuan rumah untuk kali ini. Sememangnya cukup mendebarkan bila pertandingan ini diadakan,kerana keputusan yang akan diumumkan akan menobatkan pemenang dalam pertandingan masing-masing dan gelaran itu akan dibawa bersama sehingga pertandingan yang seterusnya. Masing-masing pastinya mengimpikan untuk menjuarai pertandingan masing-masing.

Untuk Pertandingan Dikir Barat FEStKUM, kali terakhir diadakan di UMT, dimenangi oleh UKM Tunas Warisan Artisukma, tempat kedua pula Basa Diwana UM, dan tempat ketiga Sutra Pawana UIAM, tetapi untuk kali ini, semua kumpulan menyembunyikan prestasi sebenar mereka. Namun, saya yakin, persembahan yang hebat menjanjikan pertandingan yang sengit.

Untuk Sutra Pawana UIAM,saya membawa bendera cabaran untuk pertandingan kali ini, selaku Naib Presiden, Perancang dan pendikir juga, saya juga mahu melihat Sutra Pawana menaiki podium kejuaraan, namun persiapan perlulah teliti, kerana semua yang menyertai pertandingan bukanlah calang-calang pasukan.

Hasif Raja Laut dan Naqib Al-Attas adalah dua jogho yang salah seorangnya akan dipilih untuk membawa tugas jogho dalam pertandingan ini, untuk tukang karut pula, cubaan saya melatih amir hanuman menampakkan hasil.. saya sendiri?? akan memegang tugas yang semuanya tidak sangka,tungguuu...

Selain dikir barat,UIAM juga menghantar kumpulan pantun untuk memberi saingan dalam FEStKUM kali ini, antara yang dipilih ialah...rahsiaaaa....huhuhu.. saya sempat melihat mereka berlatih beberapa kali,memang hebat,harapannya,semoga mampu mencecah pentas final..InsyaAllah..

Pengalaman dan kemahiran amat penting dalam membina strategi menghadap perlawanan, jadi,maksimumkan pengalaman yang ada, dengan kemahiran yang tersendiri, dan perlu diingat, jaga seni budaya,olahan yang merosakkan sememangnya tidak boleh dimaafkan.

Salam FEStKUM dari Sutra Pawana, Majulah Seni Budaya Bangsa

-kita persembahkan dikir barat yang lebih hebat dari final rtm ya!

5 comments:

dinda said...

gud luck kamu n group kamu!

Suaramuda said...

yoko x ngarut....

Azree Ariffin said...

Muslih, moga pantun dan dikir barat membawa kejayaan buat UIA dalam Festkum kali ni. Meskipun kontigen kita sikit, tapi biar menggegar dunia!

Anonymous said...

koya best mung.. baham bale la mg duk cakap besar sangat gak, berpijok la pade bumi yg nyata.. aku tgk komen mung dalam forum2 nmpk sgt mung xleh trima org lain hebat pade mung.. u r the "koyabestman" in the world

Sang Saka said...

haha...nanmpaknya aku sudah ada peminat setia....bagus2...tapi sayang...xdok butir mung nih... penakut molek..aku rasa mung ddeki dengan kebolehan aku kot??