Monday, January 25, 2010
Pada satu masa dahulu, ada seorang gadis yang cantik rupawan,namun sayang seribu kali sayang matanya buta, andai matanya celik,pastinya dia adalah gadis yang amat sempurna.
Dalam keadaan buta itu,ada seorang lelaki yang amat mengambil berat akan gadis buta tersebut,semua keperluan di sediakan melebihi tanggungjawab terhadap dirinya sendiri..
Dengan penuh rasa cinta dan penuh simpati lelaki itu menjaga gadis tersebut.
Lalu pada satu hari,gadis itu berkata kepada lelaki itu, "seandainya diriku yang buta ini ditakdirkan celik pada suatu hari nanti,tentunya akan aku berkahwin dengan dirimu wahai oemuda yang budiman". Alangkah gembiranya rasa lelaki tersebut dengan pengakuan gadis itu..
Ditakdirkan oleh Allah,gadis itu telah menerima khabar bahawa ada seorang penderma mata telah bersedia menderma matanya buat gadis itu, dan masa berlalu, gadis yang buta itu telah celik seperti orang lain..
Bila dilihat lelaki yang dulunya selalu menjaganya, alangkah kecewanya hati gadis itu kerana lelaki itu rupanya seorang yang buta..lalu dibatalkan niat untuk berkahwin dengan lelaki itu..
Lelaki itu tersenyum seraya berkata "wahai adinda,aku mencintaimu bukan kerana cantiknya parasmu, bukan kerana butanya matamu, namun kerana luhurnya hatimu, pesanan ku buat mu, tolonglah jaga mataku yang aku dermakan padamu itu sebaik mungkin, lihatlah dunia ini dengan mata itu,"
Lalu menangis lah gadis tersebut dengan sepenuh hati....
0 comments:
Post a Comment