BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 10, 2010

Alhamdulillah,diriku aku kategorikan dalam golongan insan yang bertuah, ibuku pernah berpesan,kalau kita diberi ujian kesakitan oleh Allah,bermakna Allah masih sayangkan kita,kesakitan itu adalah kifarah diatas dosa-dosa yang ada dibuku catatan kita. Benar sekali,jangan kita leka dengan nikmat kesihatan,cuba renung Firaun,sepanjang hidupnya,tak pernah dihinggap selsema pon,sebagai istidraj.

Beberapa hari yang lepas,tiba2 kaki kiriku dan rahang kiriku serta mata kiriku seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena,kaki ku hilang deria sentuhan pada tapak kaki,kadang2 kebas ibarat jarum mencucuk tapak kakiku,tak mampu dikawal,rahang kiriku seolah tak boleh dinganga,sakit yang amat sangat,paling membimbangkan,mata kiriku menjadi kabur,nampak hanya bayangan...

Aku terus berjumpa doktor,dan doktor mengesahkan aku menghidap komplikasi saraf,yang beliau sifatkan pada peringkat awal lagi..Alhamdulillah..namun kebimbangan tetap ada,kata doktor itu,aku mungkin akan hilang kawalan pancaindera kalau rawatan yang pantas tidak aku lalui..

Pagi tadi,aku pergi ke kedai akupuntur,dicadangkan oleh dua kakaks ku,dan encik ismail iaitu pemilik dan pengamal perubatan tradisional,menjalankan rawatan keatas tubuhku.16 titik dikenalpasti dan jarum2 halus dicucuk diseluruh kaki aku yang dia sifatkan sudah kearah hilang kawalan..selama 20 minit elektrik disalurkan ke kakiku,terasa bagai diurut,bergetar kakiku...hehe

Balik dari shah alam,aku cuba berjalan dalam keadaan biasa,ahhh..gagal,mungkin belum rasa kot..lalu aku rendamkan kakiku dalam air yang dicampur titisan ubat pemberian encik ismail..pelik,tak terasa sejuk sangat,mungkin saraf di kaki aku ni tido kot,tak perasan,10 minit aku rendam,mak aihh...rasa macam xde kaki kejap...

Malam ni aku rasa perubahan yang amat ketara,rasa macam beransur pulih..alhamdulillah...Allah la penyembuh paling mujarab...SAkit itu satu ujian untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah...supaya tidak lalai dan leka dengan duniawi...

Doakan kesihatanku ya semua...InsyaAllah...

2 comments:

NANOMEOW said...

moga cepat sembuh juga muslih~
beta aritu demam, pahtu demam panas, pahtu demam ayam lak....hmmm.... semua nk kena....hehe. ade kihmah dia tu jugak :)

Sang Saka said...

yer nana..semoga kesihatan akan menjadi milik kita bersama selepas ini ya nana...ameeen,