Sunday, April 18, 2010
datang membawa sejambak senyuman,
memberikan seribu pengertian,
pinang muda yang mahu menyulam persahabatan..
aku mahu kamu disini...
ombak badai mungkin melanda,
tsunami besar mungkin melanda bahtera,
menghancurkan kampung harapan,
menawarkan manis kuntum senyuman,
namun,
ku masih mahu kamu disini,
kita mahu berjalan jauh,
mari menimba bekal manisan,
buat hilang pahit dedebu muram yang curang,
kerna,
aku masih mahu kamu disini..
jari kelingking yang kita taut,
sebagai tanda akan mematuhi,
mari taut sekali lagi,
janji mahu bersama,
terus disini,
kerana aku mahu kamu disini..
kelatnya pinang muda menjadi penawar,
sang saka mungkin keseorangan,
tapi masih berharap kamu terus disini,
menjadi tempat menyandar saat sang saka x mampu berdiri,
aku mahu kamu disini...
4 comments:
ada ke org sanggup jd terminal tanpa jaminan dan faedah dari sebuah persinggahan?
sungguh dalam sekali..
agak-agaknya, siapalah 'dia' itu ya....
woooo...coretan kata tak semestinya bersangkut paut ngan penulis okeh...hehehe
Post a Comment