BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 26, 2010

Bila Panglima Membaling Keris~

dalam dikir barat,saya mengakui banyak yang dapat dipelajari,secara latihan dan pengamatan..perasaan dan pemikiran...

Semasa saya membuat persembahan,atau semasa pertandingan,saya suka membayangkan diri saya sebagai seorang panglima yang mengetuai bala tentera di medan perang. menggempur dan menggamamkan musuh dan taulan didepan mata..menjadi seorang yang yakin dan penuh bersemnagat..

Terkadang,disaat persembahan atau pertandingan, perasaan mungkin terganggu dek kerana banyak hal yang mengusung datang,hinggakan seorang panglima tadi terpaksa membaling keris dan tombak kerana tak mampu bertempur dengan tulang 4 kerat.

Hakikatnya,walaupun berjiwa panglima, perasaan tidak mampu dikawal secara stabil selamanya,perasaan yang selalu menjadi inspirasi seorang seniman mampu juga meruntuhkan tembok ilham..walaupun panglima itu gagah menyusur medan perang,.

Terkadang seorang panglima itu juga mudah tewas dengan pandangan mata..rasa tertipu dan rasa cemburu,sedangkan pandangan matanya tu bukanlah satu hakikat...namun semua perlu menerima seorang seniman adalah manusia yang amat sensitif...dan juga mungkin jika dalam bahasa kasar kita sebut seorang yang gila perasaan..kerana itu yang akan menghasilkan ilham yang menyelam jiwa.

Sebagai pendikir,kita perlu berilham dengan penuh ikhlas demi menghasilkan ilham yang berpujangga dan penuh kualiti..bukan sekadar seni saduran atau seni hujung kuku..dikir barat sudah melangkah jauh,tapi pandangan permainan rakyat menjadikan seni ini murah..mengapa ya?? jangan sampai panglima membaling keris sekali lagi!

1 comments:

Unknown said...

elok didiklah lembu dahulu sebelum mengemaskan pagar yg dipasang agar harimau tidak mengganggu kelicinan karya seorang seniman..hehe