Sunday, April 18, 2010
datang membawa sejambak senyuman,
memberikan seribu pengertian,
pinang muda yang mahu menyulam persahabatan..
aku mahu kamu disini...
ombak badai mungkin melanda,
tsunami besar mungkin melanda bahtera,
menghancurkan kampung harapan,
menawarkan manis kuntum senyuman,
namun,
ku masih mahu kamu disini,
kita mahu berjalan jauh,
mari menimba bekal manisan,
buat hilang pahit dedebu muram yang curang,
kerna,
aku masih mahu kamu disini..
jari kelingking yang kita taut,
sebagai tanda akan mematuhi,
mari taut sekali lagi,
janji mahu bersama,
terus disini,
kerana aku mahu kamu disini..
kelatnya pinang muda menjadi penawar,
sang saka mungkin keseorangan,
tapi masih berharap kamu terus disini,
menjadi tempat menyandar saat sang saka x mampu berdiri,
aku mahu kamu disini...
semalam ada show kat cm,anjuran jakim,diorang jemput grup dikir utk wat persembahan...aku gi nak enjoy n release tension sambil cari income singgit dua..heheh...awal lagi aku turun,,pastu pegi sana...tapi show mlm tu aku dlm keadaan moody plak..sebabnya,ada tindakan kureng matang oleh beberapa manusia yang mengatakan diri mereka kawan aku...
kadang2 kita rasa diri kita dah baik..tapi ada jugak org tgk kita sebagai pesaing..well..x semua yang kita nak akan jadi kenyataan...thats the fact la...huhuh...xper..asal orang yang terlibat tau keadaan sebenar tu pon dah cukup la kan...
Kepada seseorang tu..ketahuilah..saya selesa berganding ngan anda..as show partner and in life also...keserasian amatlah penting untuk menghasilkan persembahan yang bertenaga..
tapi persembahan utk show anjuran JAKIM tu diklasifikasikan sebgai berjaya la..dan pengajarannya..jangan tukar plan show disaat akhir...sebab mood akan down..sian kat pendikir samudera that day..huhuhu
Wednesday, March 31, 2010
Oh Mama...saya mau kawen..walaupon dengan kawen ni saya memecahkan keluarga kita!
Oh Mama..saya nak kawen,saya rasa saya dah dewasa dah.
Oh Mama..saya dah cukup umur kan!
oh mama..lepas ni saya boleh hidup sendiri..
Oh mama..saya tak suka atuk,nenek,mak sedara,pak sedara menasihati saya pasal ni!!
Oh mama..biarlah saya buat pilihan!
oh mama..budi bukan untuk di ungkit mama!
Oh mama..saya tersilap ker mama???
p/s-ini kisah benar okeh!!
Friday, March 26, 2010
aku tengok orang bahagia, bagus2..semoga kekal bahagia...
aku tengok orang pandai, terer la dia ni...bleh tumpang blajar masa exam...
aku tengok orang kapel..elehh...x jeles pon...
aku tengok kawan2 kerja...nanti kita sama2 blanja menbelanja ok!!
aku tgk orang pakai kereta besar..sekarang aku pakai motor..ok what???
aku tengok orang lagi hebat( tukang karut)..aku minat la dia ni...
aku tengok kumpulan dikir lagi hebat dari sutra...waaa...bagus2...bia kekal di puncak..
aku tengok kamu senang lenang...aku pon tumpang senang...
aku tgk kamu senyum, aku sukakan senyuman..
sebab..aku tidak cemburu dengan kehidupanmu....itulah ikhlas...
Thursday, March 25, 2010
sekarang ni musim exam...paper berderet pulok tuh....
seksa kalu tok study..harap doakan ambo blako2 des....
lepas abih exam ni baru sedak sikit kita mengarang nyoh..hehehe...
dikir kita rehat smetar..kalu ada gapo22 soalan ko ggapo ko..silakan tinggal di chatbox tu deh...bye~~~~~
Wednesday, March 3, 2010
Seminggu lepas, hp saya kerap diterjah oleh nombor2 yang tidak pernah saya kenali sebelum ini...pemanggilnya cukup ramai dari Kelantan...
Kebanyakan membicarakan mengenai dikir barat RTM, ada yang bertanya saya mengenai pendirian saya berkenaan dengan pertandingan dikir barat RTM 2010, ada juga yang mengajak saya menyertai kumpulan mereka, dan ada juga yang menasihati saya mengenai penglibatan saya dalam dunia dikir ni...wah wah wah...ramainya yang memmbantu saya berfikir mengenai dikir barat..terima kasih yer...
Namun ada satu panggilan yang amat membuatkan saya terkejut dan tergamam, seseorang yang saya tidak sangka akan menghubungi saya...dengan tawaran yang agak lumayan dari puak mereka, dengan jaminan yang diberikan, saya dengan berbesar hati mengatakan bahawa orang yang memanggil itu tidak menjaga perasaan saya...dengan kata-kata penuh ego dan sombong, mengajak saya, memperlekehkan penyertaan saya dahulu..mengatakan ruginya masuk dengan grup uia dulu, tidak ada jaminan, apakah kewarasan masih wujud dalam diri si pemanggil??
xper lah kalau tok bersohor pon dengan menjual maruah...so sorry to say..kalu doh biso sangat, kehel gi lah puok demo...
"tahun ni kito nok main bersih hajatnya"- maknanya tahun lepas demo main kotorlah dih?? xpo lah...kawe tok layok lagi main nga puok demo bakalih....heheheh
Ssini pon tok dan alek ambo ddikir, biar la tok gi ambik jadual klate pon...banyak lagi ambo nok blajar...baik ngaji laaa...heheheh..selamattttt....
Thursday, February 4, 2010
Pengetahuan asas seorang tukang karut meliputi beberapa perkara iaitu karut perlahan/karut pembukaan, karut kelantan dan juga karut wau bulan. bagi seseorang tukang karut, jika dirinya mengusai kemahiran menyanyi,itu adalah kelebihan yang dimiliki,mungkin dalam sesuatu keadaan, seorang tukang karut perlu menyanyikan lagu..
Dalam post ini,ingin saya membincangkan perihal key seorang tukang karut.. Masalah key ini sering kali terjadi kepada tukang karut,dan sesetengah tukang karut memejamkan mata perihal key ini,sedangkan hal ini bukanlah sebarang hal yang boleh diketepikan oleh tukang karut.
seorang tukang karut mesti menjaga key suara semasa karut perlahan,karut kelantan,dan juga wau bulan bagi mengelakkan masalah sumbang terjadi..
Antara petua untuk menjaga key ialah tukang karut turut sama menurut key jogho,dan mengambil key yang sama untuk karut..jika dalam keadaaan key jogho terlalu tinggi, key jogho tadi wajar dibahagi dua untuk mengelakkan kelesuan persembahan.
cuba bayangkan seorang jogho menyampaikan lagu dalam key yang agak tinggi,tiba-tiba tukang karut menyampaikan karut dalam nada seolah-olah bercakap.
Dari segi tempo,seorang tukang karut bertanggungjawab membawa tempo yang sesuai semasa persembahan bagi mengelakkan tempo persembahan jatuh..jika persembahan dikir barat itu bersekitarkan diatas bangsal,ataupon semasa hatuk, tempo karut pusingan pertama dan kedua serta ketiga mestilah berbeza.
Bermula dengan karut perlahan, biasanya tukang karut mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah,memperkenalkan pendikir yang terlibat,menerangkan majlis dan sewaktu dengannya..
Dalam karut kelantan,cerita yang direka ataupon dikarang oleh tukang karut disampaikan..
dan juga dalam wau bulan,sembah takzim,mohon maaf dan juga selamat tinggal...
dalam ketiga-tiga karut,tukang karut mestilah menjaga key dan tempo untuk menjaga graf persembahan agar tidak turun naik..
sekian bahagian tiga...
