BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 25, 2010

Baru2 ni saya menyertai kumpulan dikir barat Kencana Putra membuat persembahan di Sungai penchala..sambutan nya agak meriah..sempena pelancaran kumpulan dikir barat baru..Irama Penchala..semoga menjadi sebuah kumpulan yang digeruni di Lembah Klang kelak.

Semasa saya memegang microphone, saya mengajak mana2 penonton yang mahu menyanyikan lagu untuk naik ke pentas, lalu, ada seorang abang ni...saya memerhatikan beliau dari awal lagi, semacam berminat dengan dikir barat, walaupun dia di kalangan Orang Kurang Upaya (mengalami kecacatan mata),dia langsung tidak menghiraukan kukarangan fizikalnya itu untuk berdiri bersama orang lain...

Semasa dia melangkah naik pentas, saya teragak-agak,bolehkah dia menyanyi, bimbang jgak akan merosakkan majlis..maklumlah,saya yang membuka peluang tersebut..lalu dia mengambil microphone daripada saya..tiba-tiba, dia menyuruh muzik berjalan dahulu,saya yang agak mahu tergelak tersenyum sahaja...

Selepas abang tu membuka suara, walaupun pada saya suaranya biasa sahaja, namun nyanyiannya cukup menyentuh hati saya..dengan penuh penghayatan dia menyanyikan lagu pertama,semua penonton diam..tidak sumbang sedikit pon,mengikut muzik dan irama dengan penuh penghayatan...saya diam..

selesai lagu pertama, dia menyatakan hasrat menyanyikan lagu kedua..sekali lagi dia meminta muzik berjalan dahulu...sedara hailme yang memegang tugas itu mengiyakan sahaja...lagu dinyanyikan dengan penuh penghayatan sekali lagi...sehingga habis... penonton memberikan tepukan gemuruh...

Selesai persembahan,saya melilau mencari abang itu,,dia dah tiada di kawasan persembahan itu..dah balik kot...namun nyanyian nya subur dalam ingatan saya..mengapa macam nyanyian abang tadi sangat istimewa??

Selepas meneliti sedalam mungkin, saya membuat kesimpulan. abang OKU tadi tidak ada apa2 kepentingan dengan nyanyiannya, tidak mahu popular, tidak mahu menunjuk, dengan diri penuh kelemahan,dia menyelami lagu yang dia mahu nyanyikan...dan saya membuat kesimpulan..hati abang tadi yang menyampaikan lagu...

Saya merenung sejenak..berapa kali saya menyertakan hati saya dengan lagu yang saya nyanyikan?? mungkin kerana itulah terkadang, nyanyian hanya umpama angin melanggar lalang..tidak ada kesan di jiwa..

Hati yang ikhlas menyampaikan sesuatu akan meninggalkan sebuah kesan yang akan kekal cukup lama...bukan sahaja dalam nyanyian..dalam semua perbuatan...dan selepas ini, saya ingin hati saya berbicara..

Monday, May 24, 2010

Terkadang,kita mahu menumpang senyum atas senyuman orang lain, namun ku bahagia dengan senyumanmu,

Terkadang kita mahu memikul beban kesedihan orang lain.,aku mahu menanggung beban sedihmu,

Terkadang kita mahu melestarikan cita-cita semua yang kita sayang, ya, aku mahu lestarikan cita-cita mu..

Beban perjalanan yang akan ditanggung aku dah redha,

Onak ranjau duri bersimpang aku sanggup menduga,

bukankah kita berjanji memenuhi janji,
bersetia terus bersetia,
orkid takkan jadi mawar,

Sepak terajang dunia mahu kutangkis, bukan lah aku pendekar bersilat, sahaja memberanikan diri membuktikan aku bukan pengecut..

Namun,aku selesa, selesa itukah cinta? kalau bukan, selesa itulah yang ku tanggung sekarang, bertunjang seni...sang saka menggegar...

Wednesday, May 12, 2010

Salam...sekarang,saya agak sibuk dengan latihan pertandingan dikir barat hari belia negara..hakikatnya saya agak bangga dengan penyertaan saya bersama dengan kumpulan kencana putra yang saya kira satu kumpulan yang ternama dan digeruni di seluruh lembah klang.. sekali lagi saya akan berganding dengan abe amar...pertandingan hari belia negara akan berlangsung pada 15 dan 16 Mei ini,di Putrajaya...saya juga membawa 4 orang pendikir UIA yang lain untuk menyertai Kencana Putra..harap2 ada rezeki kami...

Kedua..saya telah mendapat berita dari pengurus kumpulan Seri Gedombak (Merkang),kami layak ke peringkat suku akhir untuk Pertandingan dikir Barat Kebangsaan RTM 2010,yang akan berlangsung pada 8 jun 2010 di Kok Lanas,tahniah kepada pasukan seri gedombak dan terima kasih buat pengurus kumpulan kerana memberi ruang dan peluang pada saya untuk merasai saat manis itu...

Ironinya, Kumpulan Kencana Putra dan Kumpulan Seri Gedombak (Merkang) pernah berentap pada final pertandingan dikir barat rtm 2004,yang mencatatkan pertarungan paling sengit antara kedua pasukan..jadi,tahun ini Sang Saka menyertai kedua-dua pasukan hebat...tak salah menumpang bangga bukan?? Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi,sekurang-kurangnya terlekatlah bau minyak wangi pada tubuh sikit2..hehehe..

Apa pun,saya bermohon didoakan kejayaan dalam kedua-dua pertandingan...

p/s-tahniah buat kumpulan titih pusaka (abe amar dan jugok isey salok madu) kerana layak ke suku akhir..

Wednesday, May 5, 2010

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...
kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,

"Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis.
Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.
Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat.
Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah,
Sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi!
Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


P/s-kadang2 iba bapa kena bersabar dengan kerenah anak2...jangan membuat tindakan dalam keadaan tidak terkawal...

Sunday, May 2, 2010

senyum

Angin yang berpuput senja,
mengingatkan pada si dia,
angin yang menghembus malam,
sampaikan rinduku padanya...

with a great smile...

Saturday, May 1, 2010

Kelip-kelip api...

Hari ni aku bercadang nak pegi jejalan kat pantai..pantai mane yer..memaner pon x kisah..asalkan pantai,tapi xmau pantai dalam..sane xleh main air laut...hhuhu.. sifatku,aku x suka mandi air laut seperti sesetengah orang,aku lebih suka berjalan dipesisir pantai membiarkan pmbak menjamah kakiku..itu sahaja...sejak dulu lagi aku suka berjalan..dan sejak dari dulu lagi aku berjalan seorang diri...

Terkadang aku pernah juga berkira,,kalau aku terus berjalan mengharungi ombak sebegini,mane tau aku jumpa mutiara berharga 10 juta..bleh gak jual,buat beli jet..tapi angan2 ni semudah kerdipan mata...

Dalam berjalan seorang diri,aku ambik masa berfikir,kadang2 gubah lagu,kadang2 mengosongkan fikiran..kadang2 sambil menyanyi " berlenggang dia berjalan sigadis desa yang manja jelingan,yang manja" hehe..tapi kompem tak abes,lirik kemana lagu kemana...nama pon tukang karut..mengarut jer la spenjang perjalanan...hehe

satu masa,aku berfikir,alangkah indahnya jika punya teman..untuk berjalan menyusur ombak yang menghempas..tapi,menerima seorang teman bermakna menempah satu tiket perpisahan..

"usah dikesali sebuah perpisahan,tanpa perpisahan,kita takkan merasa manisnya sebuah pertemuan"

namun,bialah kelat masam tawar pertemuan itu tanpa rasa manis,aku takmau sebuah perpisahan...

aku nak menjadi insan yang lain..mungkin kot...kalau mampu..ddengan x mau berjanji,xmau jga melukakan...terus menghayun kudart kaki menempuh ombak2 membadai...


p/s-melepaskan keboringan menulis tanpa rangka..hehehe