BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 29, 2010

FInal RTM 2010

dua hari lepas,saya berjumpa dengan Sabri Yunus di Program Merakyatkan Seni Budaya, Sabri mengucapkan tahniah pada saya,selepas pertandingan separuh akhir,inilah kali pertama kami berjumpa,sebenarnya saya dan sabri bukanlah tidak pernah kenal,kami berkongsi pengalaman yang banyak,beberapa kali digandingkan dalam dikir barat,semasa Salam Pantai Timur dulu,dan lain2 lagi...hubungan peribadi telah lama terjalin.

Sabri memberitahu saya,tarikh pertandingan akhir rtm 2010 bakal diadakan pada 29 Hb Oktober di RTM Kuantan Pahang,sebarang perubahan mungkin tidak akan berlaku..saya berkira-kira,nanti tidak ramai penonton yang akan datang,saya berharap jangkaan saya itu bakal meleset.

Titih Pusaka telah memulakan sesi latihan mereka,dan saya tahu,kreativiti mereka juga tidak boleh saya pandang enteng,sebabnya,saya kenal mereka dan saya tahu selera mereka juga besar...

Well,untuk menjadi seorang yang profesional,saya juga bersiap-sedia,diri sendiri maksud saya,lagu matang,irama baru dan lama,semua saya kaji,dan menjadi tabiat saya mendengar dan menonton rakaman pertandingan akhir tahun2 lepas,untuk mendapatkan mood dan idea..mane tahu dapat yang baru dan menarik..

Mengikut kata sabri,tahun ini,pertandingan akhir akan lebih luar biasa sebab tukang karut kelahiran kuala lumpur kedua-duanya akan bertanding..saya juga mendoakan perkara yang sama...

semoa tiada tangan-tangan ghain kali ini...seni budaya dikir barat ini perlu diiktiraf...dan yag akan memulakan langkah itu,kita sendiri...insyaAllah...

Friday, July 23, 2010

Aduhai Malaysia...

Memerhati senario politik hari ini membuatkan saya berfikir,jika Malaysia terus begini,bagaimana hidup anak-anak saya nanti? Politik Malaysia dilihat semakin kompleks selepas pilihanraya 2008, menyaksikan untuk kali pertama dalam sejarah pilihanraya Malaysia, Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di dewan rakyat..kekacauan di parlimen dengan bahasa yang amat muak didengar menggambarkan fizikal pilihanraya Malaysia..

Dalam dasawarsa yang muttakhir ini,siapa yang layak memegang tampuk pimpinan kerajaan Malaysia? dengan tekanan politik daripada pihak pembangkang yang seolah sudah menewaskan BN dalam pilihanraya, dan juga laungan tuntutan daripada penyokong kerajaan juga menambahkan lagi tekanan kepada pihak pentadbiran negara..

Sedarkan kita,kita diperhatikan dunia,Malaysia diakui sebagai negara islam yang maju dan stabil daripada segenap segi, dengan senario politik ini,adakah label negara islam yang maju dan stabil masih milik kita?

Daripada segi jenayah,saya sendiri sudah tidak terkejut dengan laporan pembunuhan,rogol,buang bayi,dan juga rompakan..adakah Malaysia kini masih menjadi sebuah nagara yang kondusif untuk didiami..

Saya berkira-kira sendiri,banyak senario yang kini mampu dan berpotensi menghakis imej bersih Malaysia,tambah teruk lagi,ada antara pemimpin rakyat dengan tidak segan silu menerima tawaran media asing untuk membicarakan kekurangan dan keburukan Malaysia untuk diketahui oleh semua penduduk dunia yang sentiasa memerhatikan..

Adakah ini yang ingin diwariskan kepada generasi masa depan? Mungkinkah ini yang perlu diwarisi,pendidikan tidak langsung ini lebih berkesan daripada pendidikan formal..

Jauh sudah kita berjalan,adakah mahu duduk dan berehat memuji-muji pencapaian yang telah dinobat menjadi sejarah dan tanpa mahu mencorak pencapaian baru negara ini..

Berdiri megah menobatkan "akulah pejuang rakyat" tidak cukup memberikan jaminan kepada kami generasi baru,pada masa yang sama memusnahkan banyak harapan dan impian kami.

Seakan benar,politik itu kotor, saya memerhatikan situasi politik Malaysia sekarang,penuh dengan polimek dan fitnah, menghalalkan apa sahaja demi kekuatan diri dan parti,menghalalkan apa sahaja agenda asalkan ada keuntungan..kalau ini yang ingin dicorakkan..tahniah pada mereka!

Saturday, July 17, 2010

Alhamdulilah...untuk tahun ini,saya mendapat hadiah hari jadi yang saya amat impikan sejak tahun lepas...sebenarnya hadiah hari jadi ini saya ingin capai dan gapai sejak tahun lepas lagi,namun rezeki dan takdir sudah menulis di atas lembaran perancangan yang maha sempurna,belum dapat diperoleh untuk siri tahun lepas..ditunda ke tahun ini..

Mara ke Akhir..Pertandingan Dikir Barat RTM 2010,itulah hadiah ku..hampir mengalir air mata bila diumumkan untuk mara ke akhir..cukup bermakna dan bererti bagi saya...

Untuk tahun ini juga,bonda tercinta saya menghadiahkan dua bentuk cincin yang amat saya suka sebagai tanda pengeras semangat untuk pertandingan ini..dibeli sewaktu beliau berada di Mekah..

Selamatlah semuanya hendaknya..

Sunday, July 11, 2010

Alhamdulillah...saya baru sahaja pulang dari kelantan, kini berada di uia semula untuk menyambung pengajian semester pertama tahun terakahir..sehari lepas saya baru sahaja menyelesaikan perjuangan pertandingan dikir barat rtm separuh akhir 2010, yang menyaksikan kumpulan Sri Gedombak mara ke peringkat akhir dikir barat rtm 2010.

Saya memang bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke final buat kali pertama dan mungkin juga kali terakhir sepanjang karier saya sebagai tukang karut...selepas ini saya akah berjuanag di arena kerjaya saya pula...

pertandingan kali ini menyaksikan pertarungan yang cukup sengit bagi saya memandangkan kumpulan lawan-Seni Warisan Padang lembek,kumpulan yang memungut mata tertinggi di suku akhir,namun berkat rezeki dari Allah dan juga latihan yang tidak putus-putus, kami berjaya mara selangkah lagi ke akhir..

Kumpulan dikir barat sri gedombak ataupun dk merkang ini sudah 4 kali menjadi juara pertandingan dikir barat rtm,dan kali ini,buat kali ke 5,melangkah ke peringkat akhir.saya tidak teragak-agak mensasarkan anugerah yang ke lima untuk kumpulan ini.

Mengiringi kami, kumpulan titih Pusaka uitm shah alam, gandingan abang amar dan jugak isey salok madu, sahabat dan teman saya dalam arena dikir barat..mungkin semua boleh menilai apabila melihat saya dan isey berpelukan dalam tangisan kegembiraan selepas pengumuman dibuat...itulah kami...gandingan muda kelahiran dikir barat kuala lumpur..

Tetapi,di peringkat akhir,kami telah berjanji akan bersikap profesional,lawan tetap lawan,pertandingan akhir yang paling bermutu sepanjang sejarahnya ingin kami corakkan...insyaAllah...

Kejayaan saya ini ingin saya dedikasikan buat ayah dan bonda saya,adik beradik dan insan tersayang serta sahabat2 lain..buat abe mie gajah putih,geng kencana putra,abe yie,ayohmat,isey,barisan dikir barat.net.,sutrapawana uiam dan seluruh kenalan saya,penduduk kampung merkang dan pengurus ayahanda tok penghulu nor dan tok penghulu aziz,dan semua yang menyokong saya...tunggu kami di final!!

Monday, July 5, 2010

lagi beberapa hari saya akan bertarung untuk merebut tempat ke akhir..peringkat separuh akhir,,sudah 2 minggu saya berlatih..pelbagai perubahan sudah dibuat..keyakinan turun naik..heheh

bertemu dengan padang lembek,rekod pertemuan peribadi,saya telah menewaskan kumpulan itu tahun lepas peringkat suku akhir,namun tahun ni diorang ambik tukang karut baru-cikgu padil,kawan saya jugeks..heehe..lawan tetap lawan..adat pertandingan kan..

kumpulan sri gedombak bersedia sepenuhnya utk menempuh semi final ni..namun,dalam berjaga-jaga,kami bersiap siaga...

ada satu lagi problem..rehearsal terlalu lama..memakan masa sehingga 4 hari..bimbang takot penat..hehehe...sabau jer la..