BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 23, 2010

Alhamdulillah...sekarang ambo berada di kampung,malam ni akan berlepas ke Pasir Puteh untuk latihan...jadual untuk latihan yang panjang sangatlah membantu...

Syukur pada Allah swt sebab tahun ni semua pertandingan start dari saringan,suku akhir dan pahni separuh akhir,tarikhnya kena jah atah cuti..lega la....hehehe

Ambo akan bertemu cikgu padil (seni warisan padang lembek),mungkin bukan calang2 untuk ditundukkan,tapi tidak mustahil...selagi ada nyawa,selagi tu lah kito kena berjuang,,ko guana??

Puok2 seri gedombak dah memulakan sesi latihan 3 hari lepas,tapi tuke karut kesayangan ni baru kelik kelmarin,malam ni baru nok gi..sabar jah la..hehehe..lagipun Bonda tercinta baru balik dari TanaH Suci,.kena spend masa ngan bonda dulu...

Ada sesuatu yang membuatkan saya tidak sabar..saya ada lagu baru..yeahhhh...untuk pertandingan kali ini,saya membuat sendiri lagu matang,lirik dan jugak wording karut,,nok tgk idea baru...insyaAllah..doakan bersama....saya ingin ke Final tahun ini..

Wednesday, June 16, 2010

Hadiah Hari Jadi..

Saya masih sedar,dan saya masih ingat kekalahan saya di separuh akhir pada pertandingan dikir barat kebangsaan rtm 2009 tahun lepas,tarikh pertandingan itu sangatlah hampir dengan hari jadi saya..dan saya nekad pada masa itu untuk menjadikan kemenangan saya di separuh akhir sebagai hadiah hari jadi sayayang amat saya inginkan..namun,hasrat dan impian hanya tinggal cita-cita..

Tahun ini,sekali lagi saya melangkah ke separuh akhir..dengan kumpulan berbeza,kekuatan pasukan yang berlainan,dan peluang yang penuh liku..saya masih inginkan hadiah hari jadi saya itu menjadi kenyataan..saya lebih suka berterus terang,saya akan buat yang termampu dan terbaik untuk merealisasikan kejayaan saya, cita-cita saya..

Bersama Pasukan Sri Gedombak Kampung Merkang Pasir Puteh, saya amat berharap untuk maju ke pentas Akhir buat kali pertama,sebagai bukti saya wujud di arena dikir barat ini.bukanlah gelaran dan hadiah yang saya dambakan,cuma saya mahukan harga dan maruah kata-kata saya yang membawa ideologi seni tersendiri akan dihargai kelak.

Saya kerap kali berjanji pada diri,jika saya masih gagal melangkah ke akhir untuk tahun ni,saya mungkin akan melabuhkan tirai perjuangan saya..namun,saya tahu saya tak akan mampu menunaikan,tahun lepas pon sudah saya ucapkan tak akan bertanding lagi,namun tahun ni saya tersenarai dalam list peserta juga..itulah orang seni..

Namun,ada logiknya jika saya mengatakan selepas pertandingan ini,andai saya kalah,saya akan menumpukan perhatian saya pada kerjaya saya yang akan mendatang,memandangkan saya akan tamat pengajian di UIAM pada tahun ini..kerjaya yang juga penuh liku akan datang mengisi petak2 kosong kehidupan saya..

Namun,kemenangan dan kehebatan seseorang bukanlah diukur dipentas rasmi sahaja,tapi hakikatnya,itulah kayu pengukur dunia dikir ni..untuk buat album?? x pernah saya impikan..bak kata abe mie,takot tak laku..hehe...

Di hati kecik saya ni,saya amat berharap untuk mencecah pentas final..walaupun sekali ini sahaja..saya juga takut untuk disabitkan dengan kekalahan pasukan yang telah 4 kali bergelar juara pertandingan ini..namun,siapa kata saya akan takut dengan pertandingan..saya akan buat yang terbaik..

Untuk Hadiah Hari Jadi saya,daripada tahun lepas,dan untuk tahun ini,saya mahukan kemenangan di pentas se[aruh akhir..itu janji saya..

Friday, June 11, 2010

Suku Akhir RTM 2010




baru2 ni berlangsunglah pertandingan dikir barat kebangsaan rtm peringkat suku akhir bagi tahun 2010, berlangsung dengan penuh gilang gemilang,...pasukan pilihan penonton tidak menghampakan..saya mempunyai harapan dan impian untuk melangkah ke separuh akhir..saya juga mendoakan kumpulan titih pusaka rakan seperjuangan dari uitm untuk melangkah ke separuh akhir...semoga berjaya..

saya membayangkan perubahan kepimpinan pertandingan pada tahun ini memberikan impak besar pada suasana pertandingan ini...semoga momentum perubahan akan menjadi titik tolak kebangkitan seni dikir barat untuk tahun2 mendatang...

bersama sri gedombak,tahun ni,saya dengan rasa penuh bersemangat ingin melangkah ke peringkat akhir..saya akan berusaha..insyaAllah...