BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 28, 2010

untuk karut kelantan, seorang tukang karut perlu mengetahui bahawa penceritaan yang menarik dan tersusun perlu di realisasikan demi membina suasana dikir barat yang menarik dan difahami..karut sarang labah-labah (yang diberi nama oleh guru ambo) ialah satu susunan cerita yang berkait dan tersusun.

Sebagai contoh,dalam bab penceritaan,susunan karut tersebut:

1)Terima kasih pada hadirin dan pemnganjur
2)aktiviti yang bagus untuk menghidupkan seni budaya,
3)elok untuk mengurangkan gejala sosial
4)gejala yang menyerang muda mudi zaman kini
5)boleh meruntuhkan institusi negara
6)muda mudi kena sedar tanggungjawab
7)nak menuju satu malaysia yang berjaya
8)dengan seni budaya memberi kesedaran (sebagai kesimpulan)

cerita yang berkait perlulah jelas dan nyata,barulah watak tukang karut itu hidup dan memberi nyawa pada persembahan dikir barat tersebut..

Bahagian ketiga akan menyusul (tokleh banyak2,sikit2 dulu)heheh

Wednesday, January 27, 2010

Assalamualaikum, untuk topik ini,saya memilih untuk membincangkan topik berkenaan tukang karut..untuk bahagian ini,mari kita mulakan dengan mengenal apa itu karut..

Karut Kelantan ialah pengetahuan yang paling basic atau asas yang perlu difahami oleh tukang karut. Karut kelantan ialah satu bentuk pantun yang direka secara spontan, pada kebiasaannya pantun karut kelantan ini dikira pada tengah dan hujung, sebagai contoh;

apa kobar blako-lako,buka sogho lebih dulu,
hok tua hok mudo,baik poktih baik pakcu,

ukuran pantun yang biasa ini (pantun pecah dua) dikira pada suku kata tengah dan hujung, dan sifir pantun ini kebiasaan diamalkan oleh kebanyakan tukang karut..namun, secara halus nya,beberapa elemen pantun perlu di beri perhatian supaya memberikan nature karut yang lebih tajam dan kemas dari segi seni,sebagai contoh;

ramai sungguh male ni, peminat dikir barat,
bawok anok bawak bini, ada jugok hok dok ngorat,

ukuran pantun dalam karut kelantan yang berasas pada bunyi seperti karut diatas amat sesuai dipantunkan dengan bunyi yang sama, sebagai contoh ini dengan bini, awak dengan bawak,dan sebagainya.

Kesenian karut klantan ini juga boleh ditajamkan dan dihaluskan lagi dengan beberapa pecahan pantun,(pantun pecah empat), empat suku kata dipantunkan dalam baris pantun, sebagai contoh;

mulo-mulo buko sogho, assalamualaikum,
cicoh gulo capur agho,ala kebala pakat likung,

namun karut pecahan empat ni sudah jarang dikuasai oleh tukang karut sekarang,kebanyakan memilih untuk mengusai pantun pecah dua. namun masih ramai lagi yang gagal memahami karut ini. Dan masih ramai tukang karut yang mengatakan dirinya tukang karut,namun masih tidak mampu berpantun sebaik mungkin...

Sekian bahagian satu..bahagian dua,saya kan memmbincangkan mengenai karut sarang labah-labah...masih lagi dalam topik memahami karut secara nature..

Monday, January 25, 2010

Pada satu masa dahulu, ada seorang gadis yang cantik rupawan,namun sayang seribu kali sayang matanya buta, andai matanya celik,pastinya dia adalah gadis yang amat sempurna.

Dalam keadaan buta itu,ada seorang lelaki yang amat mengambil berat akan gadis buta tersebut,semua keperluan di sediakan melebihi tanggungjawab terhadap dirinya sendiri..
Dengan penuh rasa cinta dan penuh simpati lelaki itu menjaga gadis tersebut.

Lalu pada satu hari,gadis itu berkata kepada lelaki itu, "seandainya diriku yang buta ini ditakdirkan celik pada suatu hari nanti,tentunya akan aku berkahwin dengan dirimu wahai oemuda yang budiman". Alangkah gembiranya rasa lelaki tersebut dengan pengakuan gadis itu..

Ditakdirkan oleh Allah,gadis itu telah menerima khabar bahawa ada seorang penderma mata telah bersedia menderma matanya buat gadis itu, dan masa berlalu, gadis yang buta itu telah celik seperti orang lain..

Bila dilihat lelaki yang dulunya selalu menjaganya, alangkah kecewanya hati gadis itu kerana lelaki itu rupanya seorang yang buta..lalu dibatalkan niat untuk berkahwin dengan lelaki itu..

Lelaki itu tersenyum seraya berkata "wahai adinda,aku mencintaimu bukan kerana cantiknya parasmu, bukan kerana butanya matamu, namun kerana luhurnya hatimu, pesanan ku buat mu, tolonglah jaga mataku yang aku dermakan padamu itu sebaik mungkin, lihatlah dunia ini dengan mata itu,"

Lalu menangis lah gadis tersebut dengan sepenuh hati....

Sunday, January 10, 2010

Alhamdulillah,diriku aku kategorikan dalam golongan insan yang bertuah, ibuku pernah berpesan,kalau kita diberi ujian kesakitan oleh Allah,bermakna Allah masih sayangkan kita,kesakitan itu adalah kifarah diatas dosa-dosa yang ada dibuku catatan kita. Benar sekali,jangan kita leka dengan nikmat kesihatan,cuba renung Firaun,sepanjang hidupnya,tak pernah dihinggap selsema pon,sebagai istidraj.

Beberapa hari yang lepas,tiba2 kaki kiriku dan rahang kiriku serta mata kiriku seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena,kaki ku hilang deria sentuhan pada tapak kaki,kadang2 kebas ibarat jarum mencucuk tapak kakiku,tak mampu dikawal,rahang kiriku seolah tak boleh dinganga,sakit yang amat sangat,paling membimbangkan,mata kiriku menjadi kabur,nampak hanya bayangan...

Aku terus berjumpa doktor,dan doktor mengesahkan aku menghidap komplikasi saraf,yang beliau sifatkan pada peringkat awal lagi..Alhamdulillah..namun kebimbangan tetap ada,kata doktor itu,aku mungkin akan hilang kawalan pancaindera kalau rawatan yang pantas tidak aku lalui..

Pagi tadi,aku pergi ke kedai akupuntur,dicadangkan oleh dua kakaks ku,dan encik ismail iaitu pemilik dan pengamal perubatan tradisional,menjalankan rawatan keatas tubuhku.16 titik dikenalpasti dan jarum2 halus dicucuk diseluruh kaki aku yang dia sifatkan sudah kearah hilang kawalan..selama 20 minit elektrik disalurkan ke kakiku,terasa bagai diurut,bergetar kakiku...hehe

Balik dari shah alam,aku cuba berjalan dalam keadaan biasa,ahhh..gagal,mungkin belum rasa kot..lalu aku rendamkan kakiku dalam air yang dicampur titisan ubat pemberian encik ismail..pelik,tak terasa sejuk sangat,mungkin saraf di kaki aku ni tido kot,tak perasan,10 minit aku rendam,mak aihh...rasa macam xde kaki kejap...

Malam ni aku rasa perubahan yang amat ketara,rasa macam beransur pulih..alhamdulillah...Allah la penyembuh paling mujarab...SAkit itu satu ujian untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah...supaya tidak lalai dan leka dengan duniawi...

Doakan kesihatanku ya semua...InsyaAllah...

Wednesday, January 6, 2010

Hari ni,aku termenung melihat beberapa rakaman lagu yang membuatkan aku jauuhh berfikir..dengan dunia yang selalu aku katakan membawa satu ketenangan buatku, dunia dikir barat yang pada hakikatnya aku sudah jatuh hati dengan dunia ni..

Banyak wira dan gadis mengaku telah menjadi pejuang untuk membangunkan industri dikir barat,mengaku telah memberi satu nafas baru buat pejuang seni ini..namun aku melihat usaha dan langkah yang diambil seolah menafikan perjuangan yang telah dipahat pada awal zaman kebangkitan dulu adalah sia-sia..

Berbekalkan rupa yang kononnya cantik untuk ditatap,suara umpama nenek kebayan mengulik lelalang di hutan rimba,dijadikan sebagai modal mengaut keuntungan dipentas yang ingin dikotorkan..

mengapa tergamak mereka meruntuhkan pemandangan yang ingin dibina oleh pejuang dahulu..menongkah arus dunia menghambat ringgit dan raja dunia..

aku melangkah masuk dengan penuh semangat dahulu..kini semangat ini juga yang masih subur,untuk memartabatkan dikir barat jua lah hasratku..

wahai mereka-mereka yang berkenaan,sedarlah,dalam usaha khianat anda,masih ada lagi yang akan bangun memperjuangkan dikir barat ni,ya,walau jauh dirantau orang,cubalah runtuhkan semangat kami,kalau anda berani,kami tak perlu kamera untuk merakam aksi geli geleman yang kalian gunakan untuk mengaut ikan di air keruh.

anda mahu mencuba? silakan..kami masih disini..

Saturday, January 2, 2010

Joseph Masilamany mengemukakan pendapat bahawa "penggunaan perkataan ‘Allah' untuk merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan dengan meluas untuk beberapa generasi di banyak negara dan bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam", ini tentunya menurut para pemimpin Kristian. Wartawan tersebut menemu ramah penyunting akhbar mingguan Katolik tempatan, Paderi Lawrence Andrews, dan agaknya turut berbicara dengan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri. Paderi Lawrence dilaporkan mendakwa, "istilah ‘Allah' yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan. Kami mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan ‘Allah' sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan' sebagai terjemahan untuk istilah Lord."

Mereka lupa, atau tidak memahami hakikat bahawa bahasa dan fikiran, yang satunya saling mencerminkan yang satu lagi; dalam perkataan lain, cara untuk mempengaruhi pemikiran adalah melalui bahasa, dan bahasa memberikan kesan terhadap cara seseorang berfikir. Kita telah diperingatkan akan dakwaan mereka, "Bible bahasa Melayu menggunakan ‘Allah' untuk God dan ‘Tuhan' untuk Lord." Jelas bahawa makna-makna bagi istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk, adalah salah. Apakah mereka ingin menunjuk dan mengajar orang-orang Melayu mengenai peristilahan yang betul dalam bahasa Melayu? Bahasa Melayu memahami istilah ‘Tuhan' untuk merujuk kepada God dan bukan istilah Lord. Orang-orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab ‘ilah' digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘God' dan istilah Melayu ‘Tuhan'; dan apabila istilah Arab ‘rabb' digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘Lord'. Justeru, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya "tiada Tuhan melainkan Allah", yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "there is no God except Allah". Sekiranya istilah ‘God' diterjemahkan sebagai ‘Allah', maka terjemahan tersebut akan berbunyi "Tiada Allah melainkan Allah" ("There is no Allah but Allah"), yang merupakan satu percanggahan. Terjemahan yang sebegitu janggal bukan sahaja tidak menjernih dan menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan perselisihan dan rasa bingung. Akan tetapi, Paderi Lawrence sememangnya sarat dengan percanggahan.

Beliau menggunakan rangkai kata ‘bahasa Malaysia' merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam terbitan mingguan mereka untuk memenuhi keperluan "ramai penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia" di negara ini. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berhujah dengan menggunakan peristilahan yang terdapat hanya dalam bahasa Melayu. Apabila seseorang itu merujuk kepada satu bahasa yang mencerminkan faham-faham maknawi ajaran-ajaran atau kelaziman aqidah yang tertentu - dalam hal ini bahasa Melayu - dia tidak seharusnya melalaikan pengertian penting bahasa tersebut bernisbah kepada bahasa-bahasa yang lain.

Dari segi falsafah maknawi, tidak terdapat tasawur kefahaman mengenai ‘Allah' dalam agama Kristian, dan dalam sebarang agama yang lain pun begitu juga; oleh kerana itu agama-agama tersebut tidak berhak untuk menggunakan istilah ‘Allah'. Apabila Perdana Menteri memberikan kebenaran kepada dialog ‘antara-agama', pihak-pihak yang terlibat telah bersetuju yang dialog tersebut tidak akan bertentang hujah mengenai akidah, berdasarkan kepada hakikat bahawa pelbagai ajaran agama telah pun "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam perkara-perkara berkisar akidah. Secara amnya semua kalangan yang terbabit telah pun bersetuju dengan ketetapan tersebut. Walau bagaimanapun, sekarang, tampaknya Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri tidak berpuas hati sekadar berbahas mengenai perkara-perkara akhlakiah, justeru kita terpaksa menangkis hal-ehwal berkaitan i‘tiqad yang ditimbulkan tadi.

Tidak ada disebut mengenai nama khas Tuhan dalam Bible. Jika ada yang mendakwa nama Tuhan adalah Jesus, maka kenapa istilah ‘Tuhan' (‘God') diterjemah dengan menggunakan kalimat ‘Allah' dan bukan ‘Jesus'? Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah. Apakah nama khas Tuhan dalam agama Kristian? Sesungguhnyalah kita boleh menghujahkan bahawa ketiadaan nama khas-Nya bercanggah dengan sifat Tuhan Yang Maha Mengetahui. Tidakkah Tuhan mencipta manusia supaya dia mengenal dan menyembah-Nya? Tetapi siapakah yang disembah oleh manusia sekiranya dia tidak kenal siapa Tuhan? Oleh kerana kita telah berhujah bahawa kalimat ‘Allah' adalah nama khas dan pengertian sedemikian tidak ada dalam agama Kristian atau apa-apa juga agama lain, kita bolehlah dengan ini menyimpulkan bahawa sumber rujukan sebenar Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri bukanlah Bible atau perkumpulan masyarakat Katolik abad ke-19 di Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan, dan di Asia Barat, tetapi sumber asal mereka adalah al-Quran.

Saya secara ikhlasnya mengutuk dan menolak cadangan pada peringkat awal lagi,tolong jangan menyokong penggunaan kalimah Allah untuk mereka,ini akidah kita,bukan mainan yang boleh dibahaskan pada meja kedai kopi..kalau satu hari nanti,pihak kristian menuntut kalimah islam mereka samakan dengan kalimah samawi bagaimana? mahukah kita menukar syahadah kerana toleransi? Masya Allah,betapa dunia sudah akhir zaman..