BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

Tahun sentiasa berganti,umur sentiasa meningkat,kadang-kadang kita nantikan,kadang2 kita takmau pon tahun itu berlalu...

2009 aku tinggalkan dengan banyak suka dan duka,banyak kenangan pahit dan manis,namun azamku untuk tahun 2009 sememangnya telah tercapai,bagaimana ia tercapai? 2009 yang telah menjadi saksi pencapaian tersebut.

2009 yang bersilih dengan 2010,aku mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku,kalian juga mengharapkan benda yang sama,aku pasti,sebagai manusia,kita akan senantiasa mengharapkan kebaikan akan menjadi takdir dalam hidup kita..ameen kan doa kita semua ya..

Sutra Pawana untuk tahun 2009,aku bangga kerana menjadi saksi olahan langkah SP menerusi denai budaya,tergelincir dan jatuh itu satu pengalaman juga,untuk 2010,kita bina nama SP segah nama William Shakespear menulis intipati buku berilham sendiri.. Mustahilkah? tidak sama sekali...

2010,aku telah bersedia mengharungi jalan-jalanmu...tunggu aku,jangan tinggalkan aku ya...aku mahu melaluimu untuk melihat 2011 pula...(kalau panjang umur)

Tuesday, December 29, 2009

Persembahan Dikir Barat BOOM 2010

SATU PERSEMBAHAN DIKIR BARAT AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :-

TARIKH : 02 JANUARI 2010 (SABTU)
MASA : 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : LAMAN BUDAYA, ANIS PUTERI CORNER, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

KENCHANA PUTRA

VS

BASA DIWANA

DAN MENAMPILKAN TUKANG-TUKANG KARUT TERHANGAT LEMBAH KLANG SEPERTI MIE GAJAH PUTIH, PAK DIN TEKSI, MUSLIH SANGSAKA, ISAM SALOK MADU, MIE RIMAU DAN RAMAI LAGI...

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI SAMBIL MENJAMU SELERA..

Kabinet Dikirbarat.net mesti turun pada hari tersebut..nak mintak otograf pon silakan..heheh...MAJULAH SENI BUDAYA BANGSA

Thursday, December 24, 2009

Sang Saka-Wau Bulan

Ee laaa waaaaaa, waaa buleeeee, waaaaa buleeee, teraju tigaaaa...

aaaaa salam kasih ambo tinggal dengan salam sayeeeee,
ambo nok mengadap bermanja dengan ayoh bondaa..

ooooo ambo maghi dulu dengan seribu harapann,
nok berjuang di arus seni budayaaaa

aaaa telah lama doh kekanda berpesannnn,
mung jaga diri di arus pancarobaaa,

ooooo banyak keris lembing tajam duduk menikammm,
banyak dugaan dengan hidup masa mudaaa..

oooooo telah berjanji diri ambo sogheee,
duri hok tajan tu ambo nok merasaaaa..

ooooo kalu panah ribut petir kalupon hujan,
maghi kita berjalan atah bumi rataaa...

ooooo kalu kata ada api air dalamm...
maghi kita lalu kita cari penawar dahaga...

ooooo kekanda sudah ghoyak sudah pesannn,
cari lah jampi buat azimat seni kitaaaa..

aaaaaaaa baru smetar lenguh kaki ambo berjalann,
rasa lenguh banyak titik doh air mata..

aaaaa rasa sebak hanyut dale tangisannn,
jalan hok pilih banyak sungguh suka dukaaa..

aaaaaa jalan penuh duri semua tajam-tajam,
ni lah jalan hok ambo pilih mulo..

aaaaa ayah bonda sudah lamo doh dok pesan,
kenal diri ni kita berapa hargaaa...

aaaa mahal di kita belum tentu mahal di ogheee..
bukan kita hok tuke letok regooo

aaaa mahal di kita belum tetu mahal di ogheee,
murah di kito di oghe serupa tulo..

oooooo di tepat tinggi kita duduk diam,
jenguk dibawah kita tengok serupo tulo..

aaaaa arus besar hok kita duduk berjalan,
kita hidup berpusing umpama rodaaa...

aaaa masa tinggi kita tinggi pada ogheee,
masa rendah kita pulok hok jadi hamba...

oooooo bukan mudah kalu nok jadi pejuang,
bukan mudah rasa sene kita nok rasaaa...

ooo tapi kita bukan semangat calang2,
tidak menyerah berhenti begitu saja...

aaaaaa jauh lagi hok kita kena berjale,
jauuh lagi nok nnuju puncak jayaaa

ooooo wau bule ambo tinggal sebagai pesan,
jadi azimat perjuanagn dighi amboo..

oooo saeng sobat hok mana duduk berpesan,
terima kasih dari ambo tidak terkiraaa...

aaaa air mata hok ambo alirrrkan,
bukan tanda beradu dayungan ambo..

aaaaa air mata hok ambo alirkan,
jadi azimat ambo nok menunjuk mukaa

aaaaaa biarlah kalu ado oghe toksey pandang,
ambo tidak berasa sedih duka nestapa...

aaaaa sebab ambo doh buat perjanjian,
maut hok maghi baru beradu diri ambo..

oooo sutrapawana hok ambo kasih ambo sayannng,'
jjale mmolek jange runtuh jadi pusara...

ooooooo sutrapawana hok ambo sanjung julangg,
sang saka ni tetap masih ada..

oooo berundur diri bukan kata ambo nok hilang,
berundur semetar plepah letih cari tenaga...

ooooo benar sekaliii kata2 ayahanda lokann,
mung pegho seni nati seni pegho kitaaaa

oooooo salam kasih salam untuk terus berjuang,
biarlah ambo masuk menuju rumah tanggaa..

oooo diri ambo jange duduk buat ikutann,
hok tok molek tok jjauh belako2...

aaaaaa assalamualaikum ambo tinggal saleee,
sale manis tubuh ambo sang saka...



-wau bule sekarang suka mengalirkan air mata aku...kenapa ntah...isk

Tuesday, December 22, 2009

Noktah Sang Saka

Perancangan terbaru Sutra Pawana (SP) untuk masa mendatang, kami akan memfokuskan perhatian kepada penekanan kepada ahli-ahli baru,awak-awak baru, jogho baru, tukang karut baru,dan juga pemuzik-pemuzik baru...pendek kata,SP akan muncul dengan wajah baru.

Perancangan ini dibuat demi melihat SP akan terus wujud sebagai kumpulan dikir barat yang dohormati dan digeruni di arena dikir barat seantero negara. Nama SP yang kini tersenarai didalam list kelab permata UIA juga ingin kami pertahankan..semoga terus menjadi permata..

Jogho baru yang ingin dilatih untuk sesi terbaru akan diketuai oleh Hasif Raja Laut, Naquib Al-Attas dan beberapa muka baru yang sedang diperincikan..dengan pengalaman sebagai sandaran,Sang Saka berharap SP akan terus subur menyuburi arena dikir barat Lembah Klang khususnya..

Untuk tukang karut,selama ini Sang Saka menjadi tukang karut utama SP,Sang Saka berasa sudah tiba masanya Sang Saka berundur dan memberi ruang kepada muka-muka baru untuk diketengahkan,bukan kerana tidak mahu lagi memegang tugas tersebut,tetapi untuk memastikan hayat SP akan terus panjang. Sang Saka sudah tidak lama bersama UIA,jadi logik lah untuk memberi ruang kepada muka-muka baru..

Antara tukang karut yang sedang giat dilatih, Amir Hanuman, Nuri Baiduri, dan Helmi Pawana. Masing-masing sedang giat dilatih untuk memikul tanggungjawab yang amat mencabar tersebut.

Pemuzik,beberapa ahli baru sedang direkrut demi menghasilkan muka-muka baru,terutamanya pemain rebana SP,pemain gong SP,dan alat-alat muzik lain.

Namun,untuk sesi hantuk berhantuk,semua ahli masih lagi perlu memberikan komitmen yang sama tinggi,kerana kita membawa nama SP di atas batu jemala kita..

Tugas Sang Saka sebagai tukang karut SP sudah dinoktahkan,dan selepas ini, Sang Saka akan memikul tugas sebagai jurulatih SP sepenuh masa,begitu juga awak-awak yang diklasifikasi sebagai senior,akan sama-sama memegang tanggungjawab sebagai jurulatih. Penasihat SP sekarang, Adi Getar Manja,yang memegang tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih masih akan memantau perjalan sesi latihan SP untuk melancarkan lagi penghasilan skuad baru.


Berakhirnya era Sang Saka di Sutra Pawana....

Monday, December 21, 2009

Sekujur tubuh yang menggemari bunga yang diharapkan harum sepanjang masa, masa yang menjadi musuh utama menjadi halangan, namun percaya pada si mentari yang akan terus menerangi bunga tersebut..

Sepasang mata yang ingin selalu melihat keindahan, namun, rabun nya mata membuatkan silau silumanis menikam keindahan menjadi penghalang ratna sari menjamu keindahan lelahap warna-warni kehidupan...

Sepasang telinga yang mendambakan alunan irama merdu mengulit halwa rasa menjelmakan dunia alamaya yang amat membahagiakan...namun,kebisingan menjadi pembunuh maya ilham si alam anak seni...

Tubuh,mata,telinga, siapa dia? dia diriku yang menginginkan tangisan kegembiraan yang mahu dijunjung selama sejarah hidup yang asyik dibawa...menjadi azimat kehidupan selama masa masih bertulis "HIDUP"...

Wednesday, December 16, 2009















terima kasih kepada semua ahli keluarga IIUM Cultural Unit kerana memberikan komitmen dan sokongan yang tak dapat di bayar dengan harga...semoga ukhuwwah sesama kita tidak akan berkurang...

Tuesday, December 15, 2009

from http://arjunasukma.com , http://www.dikirbarat.net/forum

Satu pesta, sebuah pertandingan gajah diadakan. Sungguh meriah. Orang kampung menghantar gajah-gajah belaan masing-masing. Kebiasaannya gajah yang gemuk dan sempurna cukup sifat dinobatkan pemenang.

Aku hanya berminat menonton saja pertandingan ini. Tumpang seronok melihat gajah orang kampung yang menyertai pertandingan. Ramai juga yang turut serta. Dalam banyak-banyak ekor gajah yang dipertandingkan, gajah Usin Machang, Usop Kubang Moktan dan gajah Usop Imah Akok paling mencuri tumpuan.

Di akhir pertandingan, pengadil memutuskan Johan dimiliki gajah milik Usop Kubang Moktan, kedua gajah Usop Imah Akok dan diikuti gajah Usin Machang.

Aku kurang berpuas hati, memang gajah bertiga itu kelihatan gemuk dan isi banyak, tapi pertandingan ini pertandingan gajah paling sempurna. Hakikatnya ketiga-tiga ini memang tak sempurna sepenuhnya, tapi agak pelik bila gajah Usop Kubang Moktan yang rabik telinga dipilih yang terbaik berbanding gajah Usin Machang yang ada parut bekas kena duri palas di pusat dan gajah Usop Imah Akok yang berbintat kesan gigitan nyamuk.

Aku mendekati pengadil seraya bertanya, macamana pemenang ini dipilih? Pengadil menjawab, semuanya markah sama..tapi yang johan bulu ekor dia lebat lebih seurat dari gajah berdua itu, maka dialah yang menang…aku pun mengangguk sambil menggaru kepala lutut, mulut pun terlopong mengeluarkan kata-kata ‘ooooooooooooo..begitu…’..

moral of the story : tak ssohor lebih bulu..hehe

Sunday, December 13, 2009

Air Mata Sang Saka

Sesungguhnya Festkum 09 telah berakhir dengan satu sejarah yang semua tidak mahu menerimanya...aku pun sama...namun,aku tidak menolak adat pertandingan...namun sejauh mana adat penghakiman dibuat?

Aku amat sedih dengan permainan belakang tabir mereka-mereka yang tertentu...yang memutar keputusan sebenar untuk menonjolkan kumpulan tertentu..apa yang dikatan bukanlah tidak berasas..semuanya menyaksikan keseluruhan pertandingan mampu menilai...

Aku mencagarkan pengalaman sebagai seorang tukang karut,tukang karut terbaik putrajaya, tukang karut terbaik negeri pahang dan pengalaman beraksi di pentas rtm separuh akhir untuk menyertai Festkum ini...namun cagaranku mungkin terlalu murah untuk diberi harga mahal...

Aku tidak mahu menafikan,aku menangis sesungguh hati bila mendapat tahu keputusan rasmi, aku sedih,harapan kontinjen UIA terhadap kami tak mampu kami capai..biarlah...

Selepas ini aku tidak lagi akan menyertai Festkum...teruskanlah dominasi UKM, aku tidak langsung gentar dengan kalian...kalau mahu mencabar aku di arena dikir,silakan mencuba...usah kata sekali,seratus kali pon masih aku tidak menolak..

Buat sahabat-sabahatku daripada Basa Diwana UM, sabarlah,permata berdebu di dalam selut masih berharga dengan harga permata sebenar...kita bukanlah kalah,tetapi pemenang yang tidak diumum....

Friday, December 11, 2009

Festkum 2009 sedang dilangsungkan, untuk pertandingan dikir barat Festkum 2009, telah berakhir sudah..entah siapa yang mencaturkan,atau kebetulan yang benar2 betul, Sutra Pawana UIAM telah diundi untuk bertemu dengan Basa Diwana UM, satu ujian yang cukup menguji diriku..

Semua telah maklum,bahawa Sutra dan Basa ialah sepasang sehabat yang sememangnya karib di arena dikir barat lembah klang..saling membantu dan meningkat antara satu sama lain. Di Festkum 2009 telah menjadi satu lapangan ujian buat kedua-dua kumpulan.

Sutra Pawana UIA memiliki giliran no 10, dan Basa Diwana UM nombor 9, bermakna kami akan sama2 berkongsi pentas untuk pertandingan ini. aku kekok mengadap mereka kerana kerap kali sudah aku bersama mereka..kesetiaan aku pada UIA,kehormatan aku pada UM..

Lalu aku berjumpa dengan Encik Asrol UM,kami berikrar bahawa pertandingan ini akan kami harungi dengan penuh profesional. UIA akan membuat persembahan terbaik,UM pon sedemikian juga.

Berlalu sudah,hasil pengalaman dan tunjuk ajar,pada malam itu,aku kira UIA dan UM telah mempersembahkan dikir barat dalam kelas tersendiri..semua berkata sedemikian. aku cukup gembira..ujian persahabatan telah aku lalui dengan cukup tabah..

buat basa diwana,tahniah atas persembahan cukup bertenaga...yang menyuntik semangat untuk sutra pawana mempersembahkan dikir barat yang sama kualiti dengan kalian...

Tuesday, December 8, 2009

Alhamdulillah..selepas beberapa sesi latihan Sutra Pawana,dengan masa yang amat singkat ini,kami cuba mempersiapkan bala tentera kami untuk mengibar cabaran di FEStKUM 2009. dan kami yakin kami telah bersiap siaga mengahadapi Festkum ini...

Jogho yang akan dijalankan tugas oleh Hasif Raja Laut,yang telah siap dibikin sepenuhnya...dan tukang karut oleh saya sendiri...Muslih Sang Saka. Tunggu gandingan kami...akan cuba menjanjikan persembahan yang terbaik pada hari pertandingan itu nanti..

Doakan kejayaan kontinjen UIA. Pantun,Dikir Barat,dan juga Permainan Tradisional..

Monday, December 7, 2009

Wajah Sang Saka

Saturday, December 5, 2009

Pada 6 Disember 2006,terciptalah satu sejarah untuk tubuh diriku Mohamad Muslih Bin Aling atau Muslih Sang Saka, didalam arena dikir barat sebagai seorang tukang karut, aku diperlimaukan oleh guruku yang aku cukup hormati, Abe Mie Gajah Putih, dan dengan pemahsyuran itu,aku telah dilepaskan diarena seni bersandarkan pada dirinya sebagai cagaran.

bagi sesetengah orang,penghargaan seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, namun,untuk diriku,penghargaan dari seorang guru itu cukup bermanfaat dan berharga, sebagai satu nilai dan sandaran untuk aku teruskan perjuangan seniku didalam dikir barat.

Dengan permintaan mengalunkan irama keramat Wau Bulan,aku alunkan dengan sepenuh hati jiwa dan raga,tanda aku sudah bersedia memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang tukang karut yang berguru.

Doakan kejayaan aku...

Sang Saka

Sutra Pawana membawa obor cabaran ke Festkum nanti...dengan siri latihan yang agak padat bagi karier seorang pelajar,masing2 menunjukkan komitmen yang cukup memuaskan.. susunan lagu,gaya,jogho,karut,muzik menjadi elemen yang cukup penting menghasilkan untuk membina sebuah kumpulan yang well rounded perfect..sesuatu yang bukan mustahil untuk dicapai..

Dalam pada itu,rujukan dan teguran semua yang berpengalaman adalah amat penting untuk membetulkan semua kesilapan dari luar ruang lingkup sutra..mensasarkan kejayaan,latihan yang berterusan amatlah penting..ayuh sutra..kita laungkan suara keramat...

Doakan kejayaan kami..

Tuesday, December 1, 2009

Gegar FEStKUM 2009

Salam Seni Budaya buat semua pembaca Sang Saka, semoga diberkati dan dirahmati Allah swt setiap masa hendaknya...

Detik mendebarkan semakin hampir, mengejutkan lena pendikir-pendikir universiti-universiti seluruh Malaysia. Festival Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia makin hampir. Kali pertama diadakan secara festival. Selepas setahun menyepi, MAKUM menganjurkan sekali lagi pertandingan yang amatlah dinantikan oleh seluruh penggiat budaya universiti.

9-14 Disember 2009, tanggal yang dipilih oleh MAKUM untuk festival tersebut. Manakala UKM dan UM dipilih menjadi tuan rumah untuk kali ini. Sememangnya cukup mendebarkan bila pertandingan ini diadakan,kerana keputusan yang akan diumumkan akan menobatkan pemenang dalam pertandingan masing-masing dan gelaran itu akan dibawa bersama sehingga pertandingan yang seterusnya. Masing-masing pastinya mengimpikan untuk menjuarai pertandingan masing-masing.

Untuk Pertandingan Dikir Barat FEStKUM, kali terakhir diadakan di UMT, dimenangi oleh UKM Tunas Warisan Artisukma, tempat kedua pula Basa Diwana UM, dan tempat ketiga Sutra Pawana UIAM, tetapi untuk kali ini, semua kumpulan menyembunyikan prestasi sebenar mereka. Namun, saya yakin, persembahan yang hebat menjanjikan pertandingan yang sengit.

Untuk Sutra Pawana UIAM,saya membawa bendera cabaran untuk pertandingan kali ini, selaku Naib Presiden, Perancang dan pendikir juga, saya juga mahu melihat Sutra Pawana menaiki podium kejuaraan, namun persiapan perlulah teliti, kerana semua yang menyertai pertandingan bukanlah calang-calang pasukan.

Hasif Raja Laut dan Naqib Al-Attas adalah dua jogho yang salah seorangnya akan dipilih untuk membawa tugas jogho dalam pertandingan ini, untuk tukang karut pula, cubaan saya melatih amir hanuman menampakkan hasil.. saya sendiri?? akan memegang tugas yang semuanya tidak sangka,tungguuu...

Selain dikir barat,UIAM juga menghantar kumpulan pantun untuk memberi saingan dalam FEStKUM kali ini, antara yang dipilih ialah...rahsiaaaa....huhuhu.. saya sempat melihat mereka berlatih beberapa kali,memang hebat,harapannya,semoga mampu mencecah pentas final..InsyaAllah..

Pengalaman dan kemahiran amat penting dalam membina strategi menghadap perlawanan, jadi,maksimumkan pengalaman yang ada, dengan kemahiran yang tersendiri, dan perlu diingat, jaga seni budaya,olahan yang merosakkan sememangnya tidak boleh dimaafkan.

Salam FEStKUM dari Sutra Pawana, Majulah Seni Budaya Bangsa

-kita persembahkan dikir barat yang lebih hebat dari final rtm ya!