BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 3, 2011

Justifikasi....!

Salam Zulkaedah..

Pernahkah kita bertanya, berapa kenal diri kita terhadap orang sekeliling kita? dan pernahkah kita terfikir berapa kenal orang sekeliling kita terhadap kita?

Kenal bermaksud memahami hati budi, lumrah kehidupan mereka dan sebagainya..mungkin dengan mengenali seseorang itu selama 3 atau 4 tahun masih belum cukup untuk kita membuat rumusan orang yang kita kenal itu mengenali diri kita..lebih-lebih lagi orang yang kita sangkakan menyayangi kita (diluar konteks percintaan), akan membantu kita, akan menjaga air muka kita, dan akan menjaga maruah kita daripada sebarang ancaman.

Seandainya kita tidak kenal mereka sedalam yang mungkin, masakan boleh kita percayakan mereka dengan sebenar-benar percaya? Dan seandainya kita percaya, berapa dalam kepercayaan kita kepadanya?

Jika seorang yang baru menempuh kehidupan, hanya 24/25 tahun mengecap manisnya hidup,memanglah kita perlu berhati-hati kerana umur itu masih dalam kategori kebudak-budakan dan tidak matang. Namun jika orang yang berada di sekeliling kita itu sudah lama mengecap masinnya garam, manisnya gula, bezanya cuka dan tajamnya lidah. mampukah kita membuat rumusan bahawa orang itu benar2 boleh kita letakkan sepenuh kepercayaan dan mendambakan kasih sayang?

Dan percayalah, hanya kita yang mampu menjaga maruah kita, menyayangi diri kita, dan memberi kebahagiaan kepada diri kita, dan yang paling penting, hanya kita mengenali diri kita..

usah terlampau berharap diluar sana ada yang menyayangi diri kita seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Gading bertuah takkan pernah sama nilainya dengan tanduk tersisa..

Salam Zulkaedah...kepada yang akan menjadi tetamu Allah, Semoga mendapat haji yang Mabrurrr...

Wednesday, August 24, 2011

Madrasah Ramadhan

Assalamualaikum wbt..selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal mendatang..saat menulis ini,ada lebih kurang 5 hari lagi nak berhari raya.

Bagaimana Ramadhan kalian? adakah berpuas hati dengan perjalan yang anda aturkan didalam bulan mulia ini? harap2 Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir kita.

Saya suka untuk berkongsi sedikit rasa saya sempena dengan Ramadhan ini. Bagi saya, Ramadhan ini adalah yang paling bermakna sepanjang hidup saya, Ramadhan yang membawa saya kembali mencari Allah dengan sebenar-benar pencarian, yang mengejutkan akal saya yang sudah lama lena, dan yang membangunkan saya daripada lamunan tanpa penghujung.. Alhamdulillah.

Ramadhan ini jugalah yang saya percaya membawa saya kepada satu sudut baru berdimensi hidup. dan yang paling membahagiakan,Ramadhan kali ini menemukan kemanisan ibadah buat saya. Tiada niat membongkak diri dan menunjukkan 'alim nya diri, namun,dengan penuh kesedaran saya ialah makhluk yang tidak akan lari daripada dosa dan kesalahan, saya bersyukur dengan sebuah kurniaan kesedaran ini.

Ramadhan itu ialah madrasah, kakak sulung saya pernah berkongsi dengan saya, bagaimana kita mahu melihat Ramadhan itu berbekas kepada kita, lihatlah selepas Ramadhan,seandainya banyak perubahan positif dan lebih baik,harapnya Ramadhan itu telah membentuk jiwa kita kearah lebih baik. dan analogi kakak saya itu dengan haji, seandainya seseorang itu berubah selepas pergi haji, harapnnya haji itu adalah haji yang mabrur.

Saya acap kali menangis didalam ramadhan ini dan tangisan itu tidaklah lain hanyalah kesalkan pembaziran saya keatas umur saya yang saya gunakan untuk leka dan hanyut dengan nafsu saya. dan saya berdo'a semoga Allah mengampunkan dosa2 saya.

Ramadhan ini ramadhan yang paling saya hargai, dan Hari raya ini saya ingin benar2 meraikan semua yang ada dalam hidup saya, saya menangis kepada ibu,saya menangis kepada kakak, saya menangis kepada Allah. dan hari raya ini saya ingin hadiahkan tangisan kebahgiaan kepada mereka.

Berbicara tentang taubat,kita tidak tahu sama ada Allah menerima atau tidak taubat kita, cukuplah kita dikurniakan rasa tenang dan hati yang maha kuat menempuh hidup, kerana itulah harta yang paling berharga.

Saya ingin mendoakan semua yang mengenali saya agar lebih bahagia,lebih tenang, dan lebih berhati waja.

Akhirul kalam,.salam ta'zim daripada saya,saya bersyukur dengan ketenangan ini dan saya bersyukur, ada ramai orang yang Allah takdirkan didalam hidup saya yang menyayangi saya dengan penuh rasa kasih. Alhamdulillah.

Salam Ramadhan dan Salam Hari raya.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Mubarak

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengenali diri ini..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih hebat daripada Ramadhan yang lepas..mungkin ini Ramadhan terakhir kita..ambillah peluang daripada ruang syurga yang ada di sepanjang bulan mulia ini...

Sunday, July 24, 2011

Sesungguhnya air tak selalu tenang,
Sesungguhnya gelora selalu mengancam,
seorang nakhoda itu sebuah bahtera,

Laut yang bergelora itu sahajalah yang membahagiakan,
Ombak yang membadai itu sahajalah yang menyambut setiap kali berlayar,
namun, laut yang sama tetap dituntun memohon kasih,

Duhai Ombak,
sudahlah memukul pantai,
duhai laut,
sudahlah bergelora,
Nakhoda itu tidak petah lagi bersuara memohon karam,
entengnya nyawa dihujung pukulan,

Pancaindera mana yang mahu kutajamkan,
3 kali rebah ku gagal bagun semula,
serpihan kekayu menghanyut dasar gundah yang dulunya indah,
membadai lagi..

Nakhoda itu degil atau nakhoda itu cekal??
Hanya jauhari kenal manikam..

aku rapat kebumi lagi,
tidak bisa menyeka sendiri mutiara natra,
sudah puas kurembeskan bersama perasaan,
nakhoda ini kah yang kerdil membedal gelora sogsang kehidupan?

Wednesday, July 20, 2011

24 HB 7 2011 bersamaan Sabtu, akan berlangsung sebuah upacara yang penuh simbolik, sebuah majlis perlimau adat dan pesegar angin wau bulan, yang tidak pernah berlangsung di Lembah Klang bertahun lamanya..bahkan saya sendiri tidak perah melalui proses dan upacara tersebut..

Mengamanahkan beberapa insan yang lebih mahir didalam bidang pengupacaraan tersebut,Abe Yie, Abe Mie, Abe Asrul dan beberapa insan lain, majlis tersebut akan diadakan pada tanggal diatas dan venuenya sudah pon ditetapkan iaitu Bangsal Dikir Irama Penchala Sg Penchala...

Penuh adat...itulah yang boleh saya katakan mengikut perancangan...awak-awak sunang detaga, titih pusaka, dan irama penchala akan berganding menjayakan upacara bersejarah tersebut...

Anda semua dijemput hadir dan perlu dingatkan,majlis sebegini bukan selalu dilangsungkan, dan bukan selalu dirancangkan...Mariiiiiiiiiiiiiiiiii....

Tuesday, July 19, 2011

Doa ayah dan ibu..

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Friday, January 28, 2011


Nama Suhaimi Ibrahim ataupon Mie Gajah Putih bukanlah asing di kalangan pendikir seluruh kelantan dan lembah klang..Mie Gajah Putih ialah idola saya...saya mengakui dan saya tidak pernah menafikan...

Karier profesional Mie Gajah Putih bermula pada tahun 2004.. Bersama kumpulan dikir barat lembah klang..Kencana Putra.kumpulan daripada luar kelantan yang pertama mencecah pentas pertandingan akhir dikir barat RTM..pada waktu itu,bermulalah perkenalan seorang Suhaimi Ibrahim di pentas dikir barat..

Pada tahun 2006, Mie Gajah Putih telah dipelawa oleh kumpulan Seri Gedombak Merkang untuk menjadi Tukang Karut kumpulan itu..dan aksi beliau yang tersendiri telah menjadi sebutan ramai..2006,Mie Gajah Putih dikalungkan anugerah tukang karut terbaik kebangsaan rtm buat pertama kali..

Tahun 2007, bersama kumpulan Sri Aman, Mie Gajah Putih sekali lagi menyertai pertandingan dikir barat rtm,namun rezeki yang tecatat,beliau tewas di peringkat separuh akhir..

2008,sekali lagi mencuba nasib bersama kumpulan DK Merkang, mencatatkan sebuah sejarah apabila DK merkang menyapu bersih trofi utama yang dipertandingkan..Mie Gajah putih sekali lagi dinobatkan sebagai Tukang Karut terbaik kebangsaan RTM..lebih mencabar,sehari sebelum pertandingan akhir..Ayahanda tercinta pulang ke Rahmatullah..

Perjalan seorang Mie Gajah Putih memberikan inspirasi pasa saya sebagai Tukang Karut generasi baru..saya telah menobatkan beliau sebagai guru saya..dan penghormatan bagi saya untuk menjadi anak murid seorang Mie Gajah Putih..

Walaupun dikalangan pendikir yang menempa nama melalui album-album..nama Mie Gajah Putih tidak tercatat..namun bakat beliau terlalu besar untuk dinoktahkan..seorang yang sangat peramah dan seorang yang memberi inspirasi..saya memang meinati beliau dan saya kagum dengan karya dan bakat beliau...itulah Mie Gajah Putih...

Saya pernah menangis sewaktu beliau menyampaikan lagu Wau Bulan dengan kata isi hati beliau..idola saya..

Thursday, January 27, 2011

Ibu Ku Mithali...

Ku rindu padamu ibu..semoga dalam kesejahteraan selalu..

Wednesday, January 12, 2011

Sutra Pawana ialah sebuah budaya UIA, Sutra Pawana juga ialah sebuah keluarga yang adik beradiknya hanyalah lelaki-lelaki yang sanggup menjadi adik beradik..adik beradik yang tidak pernah meletakkan sempadan dan daerah yang membataskan hubungan itu..adik beradik yang saling berabang dan beradik setiap masa..

Sutra Pawana ialah sebuah dinasti kehidupan di UIA, yang sentiasa cakna akan kebahagiaan keluarga..tiada ayah mahu menegur, dia ibu mahu berleter..

Aku ialah sutrapawana dan sutrapawana ialah aku..berteman dan meneman...

Sutra Pawana..kita tidak pernah dijatuhkan hukuman bersalah kerana terjatuh dari takhta yang dimahkotan..namun kita sangat bersalah apabila tidak bangun kembali..dan 2011 ialah tahun untuk kita melaksanakan perkembalian tersebut..

Mari kita..kita sutra pawana..nama yang lembut yang bisa menggegarkan jiwa yang kental..kita pernah menggegar dan kita akan menggegar nanti..

Bila kita mengatakan mengenai jiwa..kita mungkin akan terfikir..jiwa kita ialah hati dan sanubari kita..dan kita mungkin bercita-cita untuk menjaga jiwa kita dari sebarang kekotoran dan segala perihal yang mampu merosakkan jiwa kita..dan jika kita berfikir disudut tersebut..maka kita sebenarnya memang betul..

Manusia berjiwa besar ialah manusia yang bercita-cita tinggi..manusia yang mempunyai matlamat dan gerak kerja yang tersusun untuk mencapai matlamat tersebut..Jika manusia yang sekadar beranganan untuk mencapai matlamat yang sangat tinggi tanpa sebarang usaha..itu dinamakan manusia yang berangan..namun bukanlah menjatuhkan sesiapa yang berangan..kerana mat jenin, seorang yang suka berangan itu juga lah yang mengemukakan teori perniagaan yang berjaya...Namun silapnya ialah sekadar tinggal anganan..

Saya terpanggil untuk membicarakan kategori manusia dari sudut saya sendiri..saya mengkategorikan manusia yang hidup di muka bumi ini kepada 4 katagori..

kategori pertama ialah manusia yang disayangi oleh Allah, dan di cintai oleh manusia..ini ialah manusia yang sebaik-baik manusia..yang menjaga tatasusila sebagai hamba Tuhan..dan sentiasa disenangi oleh manusia sekitarnya..manusia yang mampu memberi kesan yang sangat positif dalam kehidupan manusia lain,yang terpilih oleh Tuhannya sebagai satu denyut nadi dalam kehidupan masyarakat..

Kategori kedua ialah manusia yang dicintai Allah, namun dibenci oleh manusia.. Manusia ini ialah manusia yang sentiasa berprasangka baik pada Allah swt dan sentiasa redha dengan kehidupan yang ada..manusia sebegini biasanya manusia yang tidak selalunya kaya namun bersyukur..manusia yang tidak menyusahkan orang lain namun manusia ini dilihat sebagai beban didalam masyarakat..namun itulah ketentuan ilahi..dia dihantar kedalam masyarakat untuk menguji masyarakat tersebut..dan itulah kekasih Allah..


Kategori ketiga ialah manusia yang dibenci oleh Allah namun disayangi oleh manusia. Jenis manusia sebegini biasanya manusia yang memntingkan muamalat yakni perhubungan dengan manusia..dia benar2 menjaga hubungan dengan manusia, namun gagal menterjemahkan hubungan yang baik sebagai hamba Allah..manusia sebegini biasanya berkedudukan,mempunyai kepentingan dan manusia sebegini sentiasa mencari kemewahan..

Kategori seterusnya ialah manusia yang dibenci oleh Allah dan dikutuk oleh manusia.. Manusia sebegini ialah manusia yang tergolong dalam golongan yang sia-sia..tiada ikhtiar langsung untuk menjadi seseorang yang memiliki kehormatan,sentiasa kufur kepada manusia dan tidak yakin kepada Allah..manusia sebegini dimurkai oleh Allah dan juga membebankan masyarakat...

Mari kita menilai diri kita..dmana letaknya kita...dan mari kita berusaha menjadi insan yang cemerlang..kerana Allah menjadikan kita sebagai makhluk yang paling baik..

-jiwa fakeh-