BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 2, 2010

Joseph Masilamany mengemukakan pendapat bahawa "penggunaan perkataan ‘Allah' untuk merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan dengan meluas untuk beberapa generasi di banyak negara dan bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam", ini tentunya menurut para pemimpin Kristian. Wartawan tersebut menemu ramah penyunting akhbar mingguan Katolik tempatan, Paderi Lawrence Andrews, dan agaknya turut berbicara dengan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri. Paderi Lawrence dilaporkan mendakwa, "istilah ‘Allah' yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan. Kami mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan ‘Allah' sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan' sebagai terjemahan untuk istilah Lord."

Mereka lupa, atau tidak memahami hakikat bahawa bahasa dan fikiran, yang satunya saling mencerminkan yang satu lagi; dalam perkataan lain, cara untuk mempengaruhi pemikiran adalah melalui bahasa, dan bahasa memberikan kesan terhadap cara seseorang berfikir. Kita telah diperingatkan akan dakwaan mereka, "Bible bahasa Melayu menggunakan ‘Allah' untuk God dan ‘Tuhan' untuk Lord." Jelas bahawa makna-makna bagi istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk, adalah salah. Apakah mereka ingin menunjuk dan mengajar orang-orang Melayu mengenai peristilahan yang betul dalam bahasa Melayu? Bahasa Melayu memahami istilah ‘Tuhan' untuk merujuk kepada God dan bukan istilah Lord. Orang-orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab ‘ilah' digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘God' dan istilah Melayu ‘Tuhan'; dan apabila istilah Arab ‘rabb' digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘Lord'. Justeru, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya "tiada Tuhan melainkan Allah", yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "there is no God except Allah". Sekiranya istilah ‘God' diterjemahkan sebagai ‘Allah', maka terjemahan tersebut akan berbunyi "Tiada Allah melainkan Allah" ("There is no Allah but Allah"), yang merupakan satu percanggahan. Terjemahan yang sebegitu janggal bukan sahaja tidak menjernih dan menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan perselisihan dan rasa bingung. Akan tetapi, Paderi Lawrence sememangnya sarat dengan percanggahan.

Beliau menggunakan rangkai kata ‘bahasa Malaysia' merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam terbitan mingguan mereka untuk memenuhi keperluan "ramai penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia" di negara ini. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berhujah dengan menggunakan peristilahan yang terdapat hanya dalam bahasa Melayu. Apabila seseorang itu merujuk kepada satu bahasa yang mencerminkan faham-faham maknawi ajaran-ajaran atau kelaziman aqidah yang tertentu - dalam hal ini bahasa Melayu - dia tidak seharusnya melalaikan pengertian penting bahasa tersebut bernisbah kepada bahasa-bahasa yang lain.

Dari segi falsafah maknawi, tidak terdapat tasawur kefahaman mengenai ‘Allah' dalam agama Kristian, dan dalam sebarang agama yang lain pun begitu juga; oleh kerana itu agama-agama tersebut tidak berhak untuk menggunakan istilah ‘Allah'. Apabila Perdana Menteri memberikan kebenaran kepada dialog ‘antara-agama', pihak-pihak yang terlibat telah bersetuju yang dialog tersebut tidak akan bertentang hujah mengenai akidah, berdasarkan kepada hakikat bahawa pelbagai ajaran agama telah pun "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam perkara-perkara berkisar akidah. Secara amnya semua kalangan yang terbabit telah pun bersetuju dengan ketetapan tersebut. Walau bagaimanapun, sekarang, tampaknya Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri tidak berpuas hati sekadar berbahas mengenai perkara-perkara akhlakiah, justeru kita terpaksa menangkis hal-ehwal berkaitan i‘tiqad yang ditimbulkan tadi.

Tidak ada disebut mengenai nama khas Tuhan dalam Bible. Jika ada yang mendakwa nama Tuhan adalah Jesus, maka kenapa istilah ‘Tuhan' (‘God') diterjemah dengan menggunakan kalimat ‘Allah' dan bukan ‘Jesus'? Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah. Apakah nama khas Tuhan dalam agama Kristian? Sesungguhnyalah kita boleh menghujahkan bahawa ketiadaan nama khas-Nya bercanggah dengan sifat Tuhan Yang Maha Mengetahui. Tidakkah Tuhan mencipta manusia supaya dia mengenal dan menyembah-Nya? Tetapi siapakah yang disembah oleh manusia sekiranya dia tidak kenal siapa Tuhan? Oleh kerana kita telah berhujah bahawa kalimat ‘Allah' adalah nama khas dan pengertian sedemikian tidak ada dalam agama Kristian atau apa-apa juga agama lain, kita bolehlah dengan ini menyimpulkan bahawa sumber rujukan sebenar Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri bukanlah Bible atau perkumpulan masyarakat Katolik abad ke-19 di Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan, dan di Asia Barat, tetapi sumber asal mereka adalah al-Quran.

Saya secara ikhlasnya mengutuk dan menolak cadangan pada peringkat awal lagi,tolong jangan menyokong penggunaan kalimah Allah untuk mereka,ini akidah kita,bukan mainan yang boleh dibahaskan pada meja kedai kopi..kalau satu hari nanti,pihak kristian menuntut kalimah islam mereka samakan dengan kalimah samawi bagaimana? mahukah kita menukar syahadah kerana toleransi? Masya Allah,betapa dunia sudah akhir zaman..

2 comments:

lokan said...

drpd zaman Alfonso mari ke melaka dulu lagi takdak pun timbul masaalah nk guna nama Allah ni...tiba2 loni baru nk guna, mesti ada agenda nk mengelirukan anak2 muda islam nih..

Sang Saka said...

sebenarnya itulah sebab utama tuntutan mereka tu ayohmat,nok menimbulkan kekeliruan dalam beragama puok2 muda-mudi...