BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 22, 2009

Memoir Perjalanan Seni

Suka untuk Sang Saka berkongsi dengan pengunjung laman alamaya Sang Saka ni dengan sebuah kisah benar mengenai perjalanan seni Sang Saka.. Ceritanya mengenai Pertandingan Akhir Dikir Barat Komuniti Bestari Kementerian Penerangan Peringkat Negeri Pahang.

Pada pukul 12.30 tghari 30 Oktober,abe yie (arjunasukma) menghantar satu mesej padaku, "lih,abe yie dekat tol doh ni,standby la",saat aku membaca mesej tersebut,aku memang berada di tempat yang dijanjikan,stesen BHP selepas tol Gombak. Selepas abe yie memungutku,aku lihat wajah semangat abe yie dan abe amar, "orang berpengalaman lain la kot", bisikku dalam hati..walaupun aku baru sahaja menyertai pertandingan rtm yang menyaksikan aku tewas,pengalaman bertanding membuatku berdebar lagi, sabarlah... "Lih,kita makan di Temerloh la deh",kata abe yie,aku iyekan saja,kerana baru sajer menjamah makanan bersama Hamis,tukang hantar aku..

pada pukul 2 ptg,kami tiba di Temerloh,abe yie cari kedai makan dan kami menjamu selera,usai menjamu selera,kami terus ke rumah Ja Tabuh Pusaka,Pengurus kumpulan yang aku sertai ini..nampaknya ramai yang sudah tiba..kalau tak silap aku janji pukul 2 nak bertolak..kenapa lewat..ish..ish..dilemma Melayu,tak mampu menepati masa. Selepas berlegar di kawasan rumah Ja,abe yie memanggilku untuk membaca doa selamat sebelum turun ke tempat pertandingan, aku berdoa dengan seikhlas mungkin, aku mohon semuanya selamat,kuatkan semangat,semoga berkesudahan yang baik. Lalu dalam pukul 3 petang,kami bertolak.

Tiba di Tempat Pertandingan,aku lihat ada beberapa pemuda berpakaian sedondon,mesti t-shirt sponsor kata hatiku, kumpulan yang kami tewaskan pada pertandingan peringkat zon dulu..ikhlasnya,aku gerun dengan kumpulan ini,saingan yang cukup hebat. Selepas abe yie memarkir keretanya,kami mencari tempat untuk minum2,sambil berborak.. tiba2 kami disapa oleh encik juka al-raubi,tukang karut wakil Raub,yang cukup hebat dan lincah diatas pentas..Wajahnya cuba aku tafsirkan,wah..cukup bersedia nampaknya, aku cua menilai diri aku,dah la susah nak hafal lirik,semalam tidur lewat,hehe..aku keraskan semangat dan cuba mencabar kekuatan dalamanku.."aku akan buat yang terbaik"

selepas kami minum,semua kumpulan bergerak ke pentas,untuk melakukan sound check,tiba2,aku ternampak seorang yang amat aku cam,hehe...Man Khan ialah artis undangan rupanya,mengurangkan lagi debaran aku,kerana aku dengan Man Khan amat rapat,saling berganding di Kumpulan Samudra Gombak,aku rasa macam nak buat persembahan sahaja,aku merenung positif pada pentas.

Selepas makan bihun goreng,kumpulan kami bertolak ke satu tempat persinggahan untuk mandi,bersolat dan bersiap untuk pertandingan yang akan bermula pada pukul 9 malam itu.Semua ahli yang lain yang berpakain ala artis,berkaca mata hitam (abe yie pesan pakai smart2,bagi terkejut lawan,aku tak sangka diorang patuh..hehehe) selepas semua mandi dan bersiap,abe yie membawa satu set kostum dikir barat yang baru, warna hijau pucuk pisang,yang amat cantik pada pandangan mataku,memang mood ceria punya baju.. Kalau dikir tak best jugak taktau la..sebelum dibahagikan kostum kepada semua pendikir,abe yie mengarahkan semua duduk dalam posisi masing2,kami buat rehearsal terakhir dengan amat ringan..selepas itu semua memakai kostum masing2..wahh...macam pahlawan zaman melaka..menyerlah...aku memakai kostum tukang karut bewarna purple lembut,aku sukakan warnanya..menguragkan kegarangan mukaku yang menjadi kelemahanku semasa diatas pentas..selepas bersiap,kami bertolak ke tempat bertanding..Bismillah...

Sebagai Kumpulan yang akan membuat persembahan pertama,kami bersiap dibawah khemah persediaan,aku tak sempat melihat orang lain,aku pejamkan mata,banyak kali aku berzikir,ayat kursi,ayat seribu dinar,semuanya aku baca berulang kali,aku lihat abg amar tenang menunggu masa dipanggil..aku tenangkan diri sebaik mungkin,kilauan kostum dari kumpulan lain aku jeling secara tenang jugak..aku cuba dan terus mencuba mencari mood yang sesuai untuk bertanding. Apabila nama kumpulan Tabuh Pusaka Sri Keladan Temerloh dijemput,aku berbisik "Sang Saka! Mengaumlah" lalu aku langkahkan kaki kanan ku keatas pentas.

Diatas pentas,sebelum lampu hijau bermula,aku lihat sesuatu yang merisaukan aku,microphone dalam off mode,lalu kucapai microphone untuk mebuka microphone itu,tiba2 lampu hijau menyala,aku terkejut kerana aku masih belum bersedia,lalu sambil tangan mencari suis mic tersebut,aku mengetuk canang yang diamanahkan pada aku dan abg amar untuk memukulnya..alhamdulillah,aku lega,mic aku bagi pada abg amar, lalu alunan juara dari suara abg amar bergema mendiamkan semua penonton dan lawan pada malam itu..satu pantun,dua pantun dan tiga pantun,abg amar mengangkat tangan isyarat kepada abe yie tanda tugas juara sudah selesai.

aku sekali lagi bismillah didalam hati menyambut microphone dan menolak canang pada abe amar, lalu alunan karut yengki aku alunkan dengan penuh penghayatan,selepas 3 pantun karut yengki,aku alunkan lagu matang Konsep Satu Malaysia,kemudian Karut Kelantan, marathon selama 10 minit(taraf karut dikir hatuk ni),walaupun masa karut kelantan tu lama,Alhamdulillah,ideaku mencurah,satu persatu aku huraikan,oleh kerana aku lemah dalam menghafal lirik,jadi spontan lah alternatif aku,selepas sepuluh minit,

aku lihat Ja menyalakan lampu handphonenya tanda dah sampai masa untuk tukar lagu. aku terus angkat tangan isyarat pada abe yie,kemudian aku alunkan karut Pattani,4 pantun aku laungkan,kemudian irama wau bulan,yang aku rasa aku perlu buat yang terbaik, "ddiri teguhh,dale barisan,keranamu negara tercinta" 4 pantun aku nyanyikan,dan dengan lampu merah tanda masa sudah tamat,aku angkat tangan pada abe yie. Alhamdulillah,licin...lalu kami turun..

Aku tidak mengambil perhatian pada kumpulan selepas itu,oleh kerana aku teramatlah letih,stamina kemana ni,ish2,macam lepas joging 30 KM ni..lalu aku tercungap hampir 10 minit,persembahan kumpulan Pendi Kayangan dan Che Umar tak ku ambik peduli, aku memang amat penat,tengok abg amar relax jer,aku jeles,kena tukar position kot pasni,hehehe..

selepas hilang keletihan aku itu,abe yie mengajak aku minum di kedai bersebelahan dengan pentas,sambil berborak,sambil melihat persembahan,sambil minum dan sambil rehatkan minda...

Tiba masa penyampaian hadiah,aku berdebar,dalam hati aku,mintak2 lah tabuh pusaka johan,lalu aku bersedia di sebelah kanan pentas,aku ambik tengkolok tanda ready nak naik,kot2 ada rezeki aku kan,hehe,lalu pengacara majlis pada malam itu,orang sekampung dengan abe yie,mengumumkan juara terbaik untuk pertandingan pada malm itu, "Juara terbaik, dengan ini diumumkan, Mohd Amar Bin Abdullah,daripada kumpulan Tabuh Pusaka" yaaaaa..aku bersorak,memang sudah kuduga sebenarnya,suara keramat abg amar memang layak untuk dinobatkan pada malam itu,

lalu aku buka tengkolok dan aku letakkan atas meja, lalu abe yie berkata, "relax la Lih,asal ada wakil puok kita,buleh makan KFC takpo doh",hehe..memang kebiasaannya tukang karut terbaik dan juara terbaik akan dipilih daripada kumpulan yang berbeza,aku tenangkan diri, lalu tiba masa pengumuman tukang karut terbaik,Tukang Karut terbaik pada malam ini...." membuatkan aku kecewa,aku sudah tidak berharap,kerana sangkaanku tukang karut terbaik akan dipilih dari kumpulan lain,"dipersilakan kepentas, Mohamad Muslih Bin Aling, dari kumpulan Tabuh Pusaka Sri Keladan", aku terkejut,sempat aku melihat abe yie meraut wajahnya tanda syukur,tak sempat aku nak capai semula tengkolok yang aku sudah bukak,lalu aku naik ke pentas dengan rasa amat bersyukur,lalu aku turun,aku dipeluk oleh ahli pasukan berapa puluh kali entah,lalu aku berjalan kearah abe yie,lalu erat aku memeluk abe yie,seorang guru aku juga,dan seorang abang yang memberi ruang dan peluang untuk aku.

Seperti yang semua sudah duga,Johan disandang oleh kumpulan Tabuh Pusaka Sri Keladan, yang akan mewakili negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan,yang akan berlangsung di Terengganu pada Disember ini,dan aku akan terus berganding dengan abg amar,abe yie dan Kumpulan Tabuh Pusaka. Kami pulang pada pukul 2 pagi malam itu,dengan penuh rasa gembira dan cita-cita yang subur..

Aku mendapat maklumat bahawa Kelantan akan diwakili oleh Kumpulan Sri Rahmat, Juara Raden Mas Kuji, dan tukang karut Mat Yie Kotaraya,wah,saingan yang agak hebat,tapi aku akan mencuba sedaya upaya aku,wakil dari Terenggani pula tidak aku ketahui, Jadi,Selamat berjumpa peringkat Kebangsaan.

Terakhir,aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih pada Sutra Pawana yang menjadi teratak melahirkan seorang Muslih,abe yie sebagai engineer persembahan, abe amar,juara dan kapuh yang sangat memberi semangat,kumpulan Tabuh Pusaka yang memberi ruang dan peluang,ise salok madu yang memberi sokongan dan menggantikan sesi latihan sewaktu ketiadaan aku,dan ibu bapa ku yang kutahu menyokong segala perjuanganku...
Sahabat-sahabatku yang mendoakan kejayaan semua...trimasss

by:sang saka

3 comments:

abe said...

Kita..
Kita boleh rebah di mana-mana
Kita boleh tersungkur di mana mana
Tapi..biarlah rebah bermaruah..

Kita tidak takut untuk jatuh bila kita buat keputusan untuk berani memanjat..

Sang Saka said...

sememangnya bersia untuk jatuh.. sebab jatuh itu salah satu pengalaman yang akan memberi pengajaran..tangga yang didaki semakin tinggi,semakin berhati-hatilah maknanya...insyaAllah...

dinda said...

belated congrats