BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 21, 2009

Meraksi

Disaat Sang Saka membelek blog lokanbertepuk.com , ada satu artikel yang ingin sangat di kongsi di blog ini...meraksi..satu elemen penting dalam adat melayu dulu2, sebenarnya Sang Saka pon tak biasa dengan meraksi ni..oleh sebab penjelasan ayohmat (admin lokanbertepuk.com),jadi mohon disiarkan disini yer...

.......................................................................................
Sedang aku menyelongkar mencari sesuatu di dalam simpanan ku, dengan tak sengaja aku terjumpa sebuah manuskrip lama yang aku pun sudah lupa mengenai nya. Di dalamnya terdapat bermacam petua orang dahulu kala mengenai bermacam2 bab. Di sini aku cuba nukilkan secara ringkas satu bab yang menceritakan mengenai isteri baik dan jahat atau dalam bahasa biasanya ialah untuk mengetahui sesuai atau tidak jodoh kehidupan sesaorang itu bersama pasangannya (Raksi). Tujuan aku sebenarnya bukanlah untuk hendak mempercayai benda-benda sebegini kerana ianya bercanggah dengan agama kita, tetapi sekadar untuk menjadi tatapan dan renungan kita semua yang mana inilah salah satu cara yang diamalkan oleh orang tua kita dahulu.

Bab pertama hendaklah kita mengetahui nilai setiap huruf jawi yang ada didalam ejaan melayu.

ALIF BA TA THA JIM CA HA(kecik) KHA DAL ZAL RA ZAI SIN SYEN SAD DHAD THA ZHA 1 2 3 4 5 13 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

AIN GHAIN NGA FA QAF KAF GA LAM MIM NUN WAW HA(BESAR) LAMALIF HAMZAH 18 19 25 20 21 22 21 23 24 25 26 27 28 29

YA NYA 30 30.

Setelah cerap semua nilai setiap huruf diatas, maka barulah kita raksikan nama lelaki dan nama perempuan yang hendak dijodohkan. Sebagai contohnya, lelaki bernama Ahmad Jazimin dan perempuan bernama Nurul Erlin. Langkah yang pertama ialah kita ambil kepala huruf nama lelaki dan dicampur dgn kepala huruf nama perempuan.

ALIF (1) + NUN (25) = 26

Langkah ke-dua, hendaklah membuat 5 tompok dan setiap tompok mengandungi 5 bilangan.

ooooo ooooo ooooo ooooo ooooo = 25 bilangan. baki lagi = 1

Baki yang 1 itu hendaklah dimasukan ke dalam tompok yg sudah tersedia menjadikan tompok pertama sahaja yang berjumlah 6 bilangan, tompok-tompok yang lain masih berjumlah 5 bilangan. Jumlah ini didalam syarah raksinya dipanggil “Lebih Satu”.

oooooo ooooo ooooo ooooo ooooo



Lebih Satu (Telaga Bawah Bukit) Adalah tersangat baik raksinya, tiada berkelahi balah seumur hidup dan berkasih-kasihan hingga ke-mati. Segala pencariannya naik tagam dan mendapat harta yg banyak, maka ia boleh menolong orang dalam kesusahan. Jika mendapat anak lelaki atau perempuan bertambah kasihnya, jika berniaga bertambah besar untungnya.

Lebih Dua (Bulan Penuh Purnama) Sukacita berkasih-kasihan laki bini tiada berkelahi balah jua. Pencariannya cukup, tetapi hingga lebih jika rajin usahanya dapat juga menolong orang yang kesusahan dan jika dapat anak lelaki kekusahan rezekinya dan ada juga balah laki bini tetapi tiada melarat. dan jika mendapat anak perempuan, adalah rasiknya seperti telaga bawah bukit.

Lebih Tiga (Menteri Benci) Adalah raksinya tiada kekal kesudahannya antara laki bini, berkelahi balah sokmo sehingga bercerai berai. Pencariannya tiada cukup makan dan berhutang. Jika mendapat anak lelaki, raksinya seperti menteri suka dan jikalau mendapat anak perempuan, adalah raksinya seperti bulan penuh purnama.

Lebih Empat (Menteri suka) Adalah Raksinya sedangrakna, berkasih-kasihan jua laki bini dan pencariannya sedangrakna juga tidak lebih tidak kurang. Dan jika mendapat anak lelaki bertambah-tambah kasih dan jika mendapat anak perempuan, bertambah harta dan murah hati antara laki bini.

Lebih Lima(Tanduk Seberkas) Adalah raksi ini tiada baik sekali2. Sentiasa berkelahi balah antara laki bini dan tidak kekal kehidupannya. Pencariannya pun tiada beroleh dan tak dapat tidak akan bercerai berai.

Lokanbertepuk: Sebuah hadith yang diriwatkan oleh Safiyyah RA. Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya “Sesiapa yang mendatangi sesaorang ‘arraf, dan bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima amalannya selama 40 hari”.

2 comments:

Kamarul said...

adehhh...aku x phm pasal nama2 2..

dinda said...

tlg kirakan... xbpe nk phm