BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 22, 2009

Noktah Sang Saka

Perancangan terbaru Sutra Pawana (SP) untuk masa mendatang, kami akan memfokuskan perhatian kepada penekanan kepada ahli-ahli baru,awak-awak baru, jogho baru, tukang karut baru,dan juga pemuzik-pemuzik baru...pendek kata,SP akan muncul dengan wajah baru.

Perancangan ini dibuat demi melihat SP akan terus wujud sebagai kumpulan dikir barat yang dohormati dan digeruni di arena dikir barat seantero negara. Nama SP yang kini tersenarai didalam list kelab permata UIA juga ingin kami pertahankan..semoga terus menjadi permata..

Jogho baru yang ingin dilatih untuk sesi terbaru akan diketuai oleh Hasif Raja Laut, Naquib Al-Attas dan beberapa muka baru yang sedang diperincikan..dengan pengalaman sebagai sandaran,Sang Saka berharap SP akan terus subur menyuburi arena dikir barat Lembah Klang khususnya..

Untuk tukang karut,selama ini Sang Saka menjadi tukang karut utama SP,Sang Saka berasa sudah tiba masanya Sang Saka berundur dan memberi ruang kepada muka-muka baru untuk diketengahkan,bukan kerana tidak mahu lagi memegang tugas tersebut,tetapi untuk memastikan hayat SP akan terus panjang. Sang Saka sudah tidak lama bersama UIA,jadi logik lah untuk memberi ruang kepada muka-muka baru..

Antara tukang karut yang sedang giat dilatih, Amir Hanuman, Nuri Baiduri, dan Helmi Pawana. Masing-masing sedang giat dilatih untuk memikul tanggungjawab yang amat mencabar tersebut.

Pemuzik,beberapa ahli baru sedang direkrut demi menghasilkan muka-muka baru,terutamanya pemain rebana SP,pemain gong SP,dan alat-alat muzik lain.

Namun,untuk sesi hantuk berhantuk,semua ahli masih lagi perlu memberikan komitmen yang sama tinggi,kerana kita membawa nama SP di atas batu jemala kita..

Tugas Sang Saka sebagai tukang karut SP sudah dinoktahkan,dan selepas ini, Sang Saka akan memikul tugas sebagai jurulatih SP sepenuh masa,begitu juga awak-awak yang diklasifikasi sebagai senior,akan sama-sama memegang tanggungjawab sebagai jurulatih. Penasihat SP sekarang, Adi Getar Manja,yang memegang tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih masih akan memantau perjalan sesi latihan SP untuk melancarkan lagi penghasilan skuad baru.


Berakhirnya era Sang Saka di Sutra Pawana....

3 comments:

abe said...

Dalam seni, noktah bukan beerti penghujung..hanya nafas terakhir adalah penamat..

Sang Saka said...

menoktahkan takdir untuk membuka sebuah kisah baru yang lebih berharga dan lebih dewasa...itu seni jugak..dengan air mata kesedihan,dan air mata tanggungjawab..dilepaskan..

KuKuKaKiKuKaKu said...

kukukakikukaku-kukukakikukaku.blogspot.com